Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Perancis buru gengster berbahaya Selepas banduan itu meloloskan diri dengan menaiki helikopter yang dirampas

-

REAU: Polis Perancis di seluruh negara melancarka­n pemburuan besar-besaran bagi seorang gengster berbahaya yang menyatakan kehidupan jenayahnya adalah berinspira­si daripada filem Hollywood seperti “Scarface”, selepas dia melakukan tindakan meloloskan diri dari penjara yang menakjubka­n kelmarin, dengan menaiki sebuah helikopter yang dirampas dalam satu operasi ala komando.

Redoine Faid, 46, melarikan diri dari penjara berhampira­n Paris dengan bantuan dua rakan subahat yang menggunaka­n bom asap dan penggerudi sudut bagi mendapatka­n laluan mereka melalui bilik melawat di fasiliti itu di mana Faid sedang berbual dengan seorang saudara, yang kemudian ditahan, kata ahli kesatuan penjara Martial Delabroye serta seorang sumber kehakiman.

Ketiga-tiga lelaki itu segera melakukan usaha melepaskan diri mereka dengan sebuah helikopter dalam operasi yang berlaku hanya selama 10 minit, Delabroye memberitah­u AFP di penjara di Reau di subbandar tenggara di ibu negara Perancis.

Ia adalah kali kedua Faid melakukan tindakan melepaskan diri yang menakjubka­n – pada 2013, dia berjaya meloloskan diri dari penjara di utara Perancis menggunaka­n dinamit.

Kira-kira “2,900 polis dan pengawal bantuan sudah dikerahkan” bagi pemburuan di seluruh negara, seorang sumber polis memberitah­u AFP.

Helikopter­tersebut– dirampas daripada seorang jurulatih penerbanga­n yang ketakutan – mendarat pada sekitar jam 11.15 pagi waktu tempatan di kawasan penjara.

Dua lelaki berpakaian serba hitam bersenjata­kan raifal serangan melepaskan bom asap sebelum memecah masuk ke dalam bilik lawatan penjara menggunaka­n peralatan berkuasa elektrik.

Warden, yang tidak bersen- jata, lari menyelamat­kan diri dan membunyika­n amaran kecemasan.

Helikopter itu kemudian ditemui di sebuah subbandar timur laut Paris kira-kira 60 kilometer dari penjara, menurut seorang sumber.

Seorang sumber polis menyatakan juruterban­g helikopter adalah jurulatih penerbanga­n yang menunggu seorang pelajar ketika dia ditangkap oleh rakan subahat Faid. Dia dipaksa untuk terbang sebelum kemudian dibebaskan dalam keadaan terkejut.

Tiga lelaki itu kemudian meneruskan perjalanan dengan menggunaka­n sebuah kereta yang kemudian ditemui dibakar di sebuah tempat letak kereta pasar raya, kata polis.

Menteri Kehakiman Perancis Nicole Belloubet, yang tiba di penjara di Reau pada petang kelmarin, menyatakan komando kemungkina­n “menggunaka­n dron bagi meninjau lokasi... siasatan yang sedang dijalankan akan memberitah­u kita.”

Tindakan meloloskan diri itu muncul selepas sebuah mahkamah rayuan pada April menjatuhka­n hukuman penjara selama 25 tahun terhadap Faid kerana mendalangi satu rompakan bersenjata yang gagal pada 2010 di mana seorang anggota polis wanita terkorban.

Faid dipenjarak­an sejak pertengaha­n 2011 kerana melanggar syarat-syarat parolnya bagi pensabitan yang lepas untuk rompakan bank dan rompakan berani terhadap kenderaan pembawa wang tunai.

Dalam kejadian pada 2013, dia menjadikan empat pengawal sebagai tebusan dengan sepucuk pistol sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu. Semua tebusan kemudian dibebaskan tanpa sebarang kecederaan.

Faid ditangkap semula enam minggu kemudian di sebuah hotel di sebuah kawasan perindustr­ian di luar bandar Paris.

Seorang wanita yang bekerja di hotel memberitah­u AFP pada masa itu bahawa rakan subahat Faid membayar bagi bilik itu dalam bentuk tunai dan dua lelaki telah berada di sana selama beberapa hari.

Faid pada mulanya dibebaskan dari hukuman penjara selama 10 tahun selepas meyakinkan pegawai parol bahawa dia menyesal dengan semua jenayah lepasnnya dan berniat untuk memulakan hidup baharu.

Polis menggelarn­ya sebagai “The Author” bagi dua buku yang dia tulis mengenai zaman remajanya yang tidak bermoral.

Faid, yang mempunyai kultus pengikut di subbandar pendatang di luar Paris di mana dia membesar, pernah melakukan beberapa kemunculan di televisyen.

Dalam festival filem Paris pada April 2009, Faid menemui Michael Mann, pengarah filem gengster tahun 1995 “Heat” dibintangi oleh Al Pacino dan Robert Niro, memberitah­u beliau: “Kamu merupakan penasihat teknikal saya.”

Dia menulis bahawa dia telah menonton filem itu beberapa kali bagi melakukan rompakan banknya dengan sempurna.

Salah seorang penyelia penjaranya berkata Faid tidak pernah mempunyai sebarang perbalahan dengan kakitangan, “namun kita harus sentiasa berjaga-jaga.”

“Dalam sudut pemikirann­ya, dia tidak pernah tiada idea untuk melepaskan diri. Di sebalik semua sikapnya – dia adalah sangat sopan – dia sering menyembuny­ikan permainann­ya,”tambahnya.

Delabroye, wakil kesatuan penjara, menyatakan kawasan di mana helikopter mendarat adalah satu-satunya kawasan yang tidak dilengkapi dengan pagar antipesawa­t kerana banduan tidak pernah menggunaka­nnya – “kecuali untuk meninggalk­an penjara.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LOLOS: Gambar dirakam kelmarin di Gonesse, utara Paris menunjukka­n helikopter Alouette II yang ditinggalk­an oleh Faid (sisipan) selepas dia meloloskan diri dari penjara di Reau, Perancis.
— Gambar AFP LOLOS: Gambar dirakam kelmarin di Gonesse, utara Paris menunjukka­n helikopter Alouette II yang ditinggalk­an oleh Faid (sisipan) selepas dia meloloskan diri dari penjara di Reau, Perancis.
 ?? — Gambar AFP ?? MENANG: Sheinbaum menunjukka­n ibu jari selepas mengundi dalam pilihan raya di Kota Mexico kelmarin.
— Gambar AFP MENANG: Sheinbaum menunjukka­n ibu jari selepas mengundi dalam pilihan raya di Kota Mexico kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia