Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita julung kali dilantik datuk bandar Kota Mexico

-

KOTA MEXICO: Kota Mexico melantik seorang datuk bandar wanita buat pertama kalinya dalam sejarah, ahli politik tempatan dan saintis Claudia Sheinbaum, menurut pungutan suara.

Sheinbaum, 56, memenangi pilihan raya untuk mengetuai bandar terbesar di Amerika Utara itu dengan di antara 47.5 dan 55.5 peratus undi, menurut angggaran oleh firma pengundian Mitofsky.

Seorang wanita sebelum ini pernah berkhidmat sebagai datuk bandar bagi ibu kota itu atas asas sementara – Rosario Robles, dari 1999 ke 2000 – namun Sheinbaum, yang memegang ijazah kedoktoran dalam bidang fizik, merupakan wanita pertama dilantik bagi jawatan tersebut.

Sheinbaum memegang jawatan dengan mengekori seorang anggota berhaluan kiri antipemban­gunan yang memenangi pilihan raya presiden, Andres Manuel Lopez Obrador.

Beliau adalah antara ahli politik pertama untuk meninggalk­an parti sayap kiri yang sedia ada di Mexico, Party of the Democratic Revolution (PRD), dan menyertai tindakan Lopez Obrador, Morena, ketika beliau melancarka­n ia secara rasmi pada 2014.

Pada tahun berikutnya, beliau memenangi pilihan raya datuk bandar daerah bagi Kota Mexico di kejiranan Tlalpan, daerah Lopez Obrador sendiri dan salah satu daripada 16 “delegasi” yang merangkumi ibu negara dengan lebih sembilan juta penduduk.

Itu merupakan tapak pelancaran­nya bagi kempen datuk bandar.

Namun kebangkita­n politik beliau yang mendadak tidak terlepas dari kontrovers­i.

Daerahnya merupakan salah satu kawasan yang paling teruk dilanda oleh gempa bumi yang memusnahka­n bahagian tengah Mexico pada 19 September.

Sebuah sekolah menengah persendiri­an di daerah itu roboh dalam kejadian gempa bumi, membunuh 10 kanakkanak dan tujuh orang dewasa di dalamnya.

Ia kemudian didapati bahawa daerah itu memberikan permit pembinaan palsu kepada pemilik sekolah persendiri­an itu – yang sehingga ke hari ini melarikan diri dari udang-undang – membolehka­n beliau untuk membina sebuah apartmen untuk dirinya sendiri di atas bangunan, yang menjejaska­n kestabilan bangunan.

Sekumpulan keluarga mangsa telah mengemukak­an dakwaan jenayah bagi kes itu, dan mahu Sheinbaum berdepan dengan siasatan.

Beliau menjadi sasaran bagi kemarahan yang tiada henti daripada keluarga mangsa dan penyokong mereka – termasuk pada hari pilihan raya.

“Pembunuh!” seorang penunjuk perasaan menjerit ke arahnya selepas beliau membuang undi.

Sheinbaum menafikan bertanggun­gjawab, dan menuduh pihak lawannya mengeksplo­itasikan tragedi tersebut bagi keuntungan politik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia