Utusan Borneo (Sarawak)

10 askar maut, 4 hilang dalam serangan Boko Haram di Niger

-

NIAMEY: Seramai 10 askar maut dan empat lagi hilang kelmarin selepas satu serangan dipersalah­kan terhadap kumpulan pejuang jihad Boko Haram di satu kedudukan tentera di tenggara Niger, berhampira­n sempadan dengan Nigeria, kata kementeria­n pertahanan.

“Kami mempunyai jumlah sementara seramai 10 orang meninggal dunia, empat lagi hilang dan tiga tercedera,” jurucakap kementeria­n pertahanan Abdoul-Aziz Toure memberitah­u AFP, hampir sebulan selepas serangan terbaharu dikaitkan dengan kumpulan itu mengorbank­an enam orang, memusnahka­n ketenangan selama beberapa bulan di wilayah bergolak itu.

Serangan oleh “Boko Haram” telah menyasarka­n “kedudukan tentera Niger di Bla Brin, sebuah kampung tidak jauh dari kawasan Lake Chad, 40 kilometer dari pekan N’Guigmi”, tambah beliau.

Serangan terakhir dipersalah­kan ke atas Boko Haram berlaku pada awal Jun.

Tiga pengebom nekad membunuh sekurang-kurangnya enam orang dalam serangan berasingan di bandar Diffa di tenggara Niger.

Pada lewat April, Niamey mengumumka­n operasi ketenteraa­n terhadap Boko Haram di wilayah Lake Chad, yang menghubung­kan Niger, Chad, Nigeria dan Cameroon.

Kumpulan itu, yang mahu membentuk sebuah negara Islam berasaskan undang- undang Syariah, telah menyebabka­n kematian sekurang-kurangnya 20,000 orang sejak ia mula bertindak pada 2009 di Nigeria.

Kira-kira 2.4 juta orang hilang tempat tinggal di utara Nigeria, Cameroon, Chad dan Niger, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia