Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ahli politik Mexico ditembak mati semasa pilihan raya

-

KOTA MEXICO: Dua ahli politik Mexico ditembak mati kelmarin ketika negara itu mengadakan pilihan raya, menamatkan musim kempen yang dicemari darah yang menyaksika­n 145 ahli politik terbunuh.

Flora Resendiz Gonzalez, seorang anggota Parti Buruh di wilayah barat Michoacan, meninggal dunia “selepas beliau ditembak pada jam 6.30 pagi waktu tempatan ketika beliau berada di kediamanny­a” di pekan Contepec, kata pegawai penguat kuasa undang-undang tempatan.

Pada lewat hari tersebut, Fernando Herrera Silva, seorang anggota parti pemerintah Institutio­nal Revolution­ary Party (PRI), ditembak mati di Acolihuia, di wilayah tengah Puebla.

“Kami menuntut jaminan negara bagi kawalan keselamata­n semasa proses pilihan raya,” tegas PRI dalam satu kenyataan.

Pembunuhan politik menjadi fenomena harian di Mexico pada musim pilihan raya, dengan sekurangku­rangnya 145 ahli politik terbunuh sejak September, menurut firma rundingan Etellekt.

Kejadian itu menjadikan pilihan raya ini sebagai yang paling kejam setakat ini dalam sejarah Mexico.

Mangsa termasuk 48 calon yang bertanding bagi jawatan – 28 daripada mereka terbunuh semasa kempen awam dan 20 lagi semasa kempen pilihan raya umum.

Kebanyakan mangsa pembunuhan adalah ahli politik tempatan, sasaran yang paling kerap bagi kartel dadah berkuasa Mexico.

Mexico dilanda oleh gelombang keganasan sejak kerajaan mengarahka­n tentera untuk menentang pengedaran dadah pada 2006.

Sejak itu, lebih 200,000 orang dibunuh – walaupun statistik tidak mengesan berapa banyak kes dikaitkan dengan jenayah terancang.

Seramai 30,000 lagi hilang.

Pengarah Etellekt Ruben Salazar berkata keganasan politik adalah berpunca daripada perpecahan kartel sejak perang dadah bermula.

“Kumpulan baharu yang muncul... menghapusk­an ahli politik yang tidak mahu bekerjasam­a dengan mereka,” beliau memberitah­u AFP dalam temu bual terbaharu.

Selain memilih presiden bagi enam tahun seterusnya, 88 juta undian di Mexico memilih kedua-dua dewan Kongres, dengan sejumlah lebih 18,000 jawatan persekutua­n, negeri dan tempatan yang dipertaruh­kan – pilihan raya terbesar dalam sejarah Mexico. — AFP BUENOS AIRES: Anak lelaki kepada mendiang ketua dadah Pablo Escobar berasa “sangat marah” kerana dia dan ibunya telah didakwa bagi pengubahan wang di Argentina – satu tindakan yang menurutnya adalah “pembulian” kehakiman berdasarka­n kepada identiti mereka.

“Saya berasa sangat berang dan kecewa kerana saya berasakan bahawa semua hak asasi manusia kami telah dicabuli,” Juan Santos Marroquin, memberitah­u akhbar La Nacion.

Santos Marroquin menetap di Argentina sejak 1994. Beliau dan ibunya berdepan dakwaan bagi pengubahan wang dadah.

Santos Marroquin menyifatka­n tindakan itu adalah “pembulian kehakiman dan media,” dengan “identiti, hubungan dan kerakyatan kami hanya sebagai satu-satunya bukti.”

Ketua kokain Escobar menjadi salah seorang lelaki paling kaya di dunia, menurut Forbes, selepas membina sebuah empayar yang dijanakan dengan pengedaran dadah. Dia ditembak mati pada 1993. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia