Utusan Borneo (Sarawak)

Terpulang sekiranya Nazir mahu berhenti awal: Tun Daim

-

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir pada Ogos 2019.

Pengerusin­ya Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan untuk Nazir meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada individu tersebut.

“Terpulang kepada dialah, masing- masing ada kontrak. Kalau dia nak berhenti awal terpulang kepada dia,” katanya ringkas kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media tempatan mengenai status Pengerusi Kumpulan CIMB itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo baharunya, di sini kelmarin.

Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan kelmarin berkata, beliau belum me- mutuskan sama ada akan melanjutka­n tempoh kontraknya yang akan berakhir tahun depan namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin ber- kata, buku terbitan koperasi itu mengisahka­n perjuangan tokoh wanita Tan Sri Aishah Ghani dalam mengendali­kan KJMWB sejak penubuhann­ya pada 1974 sehingga menjadi sebuah daripada koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling lama di Malaysia.

Menurutnya, pengenalan logo baharu koperasi itu sejajar dengan usaha menarik anggota baharu yang akan menjadi tenaga pelapis di samping tampil lebih dinamik, segar dan menggambar­kan kemantapan yang ingin dibentuk.

“KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembanguna­n sosio ekonominya jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuha­n yang lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis yang komited,” jelasnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Tun Daim (duduk tengah) bergambar bersama ahli KJMWB pada Majlis Pelancaran Buku ‘Aishah Ghani’ Srikandi KJMWB dan logo baharu KJMWB di Grand Season, Jalan Pahang di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Armi (duduk, dua kanan).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Tun Daim (duduk tengah) bergambar bersama ahli KJMWB pada Majlis Pelancaran Buku ‘Aishah Ghani’ Srikandi KJMWB dan logo baharu KJMWB di Grand Season, Jalan Pahang di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Armi (duduk, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia