Utusan Borneo (Sarawak)

Hong Leong MSIG Takaful tumpu perniagaan takaful keluarga

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), komponen utama perkhidmat­an kewangan Islam Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG), akan menamatkan perniagaan takaful amnya bagi membolehka­nnya menumpukan perniagaan takaful keluarga.

Dalam kenyataan, HLMT berkata dengan demikian pihaknya hanya akan menjalanka­n perniagaan takaful keluarga berkuat kuasa dari 1 Julai, 2018 serta tidak lagi beroperasi sebagai pengendali takaful berlesen komposit.

HLMT berkata, ia adalah selaras dengan keperluan perundanga­n mengikut Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013.

Menurut HLMT, ia akan meneruskan perniagaan takaful keluarga di bawah lesen tunggal takaful keluarga berkuat kuasa 1 Julai, 2018.

“Pelaksanaa­n ini adalah sebahagian langkah penting bagi memperkema­skan operasi dan perniagaan HLMT dan dijangka memperluas peluang HLMT untuk berkembang lebih pesat dan pada masa sama mampu menyediaka­n pelbagai nilai tambah, tawaran produk dan perkhidmat­an yang lebih hebat kepada pelanggan,” menurut HLMT.

HLMT memberi jaminan kepada semua pemegang sijil HLMT sedia ada bahawa sijit takaful semasa mereka kekal berkuat kuasa dan akan tetap dijelaskan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut, sila kunjungi mana- mana cawangan HLMT di seluruh negara atau hubungi talian 03-7650 1800 atau layari www.hlmtakaful. com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia