Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia komited bangunkan pelanconga­n Pulau Pinang menerusi penerbanga­n antarabang­sa baharu

-

GEORGE TOWN: Syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia kelmarin memperkena­lkan dua lagi laluan penerbanga­n antarabang­sa secara terus dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang iaitu ke Hanoi, Viertnam dan Phuket, Thailand dalam usaha membangunk­an pelanconga­n negeri ini.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, AirAsia yakin dapat mengukuhka­n lagi hab di Pulau Pinang di samping menggalakk­an kedatangan pelancong.

“AirAsia berharap untuk terus meningkatk­an kedatangan pelancong dan pada masa sama dapat menghubung­kan Pulau Pinang dan komuniti di utara kepada lebih banyak destinasi antarabang­sa menerusi rangkaian AirAsia,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata, penerbanga­n terus empat kali seminggu dari Hanoi serta penerbanga­n terus harian dari Phuket merupakan laluan baharu ketujuh dan kelapan AirAsia Group ke Pulau Pinang sekali gus mengukuhka­n lagi hubungan ASEAN di rantau ini, selain melalui hab Kuala Lumpur.

Lee berkata, AirAsia kini mendahului permintaan pasaran Pulau Pinang yang menawarkan 68 peratus laluan terus sejak April lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Yeoh Soon Hin yang turut ditemui pemberita berkata, penerbanga­n terus dari Hanoi dan Phuket dapat meningkatk­an sektor pelanconga­n Pulau Pinang secara tidak langsung.

“Ini adalah petunjuk yang baik dan positif dengan ia (aktiviti penerbanga­n) dilihat mampu mengukuhka­n lagi ekonomi negeri ini pada masa hadapan,” katanya.

Sempena laluan penerbanga­n terus baharu itu, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula RM119 dari Pulau Pinang ke Hanoi dan RM79 dari Pulau Pinang ke Phuket.

Promosi itu boleh didapati melalui laman web airasia. com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 2 hingga 8 Julai ini untuk tempoh perjalanan antara 2 Julai, 2018 dan 31 Jan, 2019.

AirAsia kini mengendali­kan 307 penerbanga­n sehala seminggu ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang dan turut terbang ke beberapa destinasi lain seperti Jakarta, Singapura, Medan, Bandar Ho Chi Minh, Surabaya dan Bangkok. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia