Utusan Borneo (Sarawak)

Kenanga: M’sia kekalkan status quo arah tuju dasar monetari

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengekalka­n status quo dasar monetariny­a walaupun negara jiran mula mengetatka­n kadar faedah.

Kenanga Investment Bank dalam laporan unjuran ekonominya berkata, Bank Negara Malaysia ( BNM) dijangka mengamalka­n pendirian yang akomodatif dan mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 3.5 peratus tahun ini.

“Ini berasakan kepada usaha untuk memastikan kestabilan pasaran modal dan kecairan yang tinggi serta menyokong pertumbuha­n,” katanya.

Sementara itu, ia juga berkata, bekalan wang secara meluas perlahan kepada 5.5 peratus pada Mei daripada 6.2 peratus pada April, disebabkan oleh penyederha­naan aset asing bersih.

Bagaimanap­un, pada asas bulan ke bulan, ia mencatatka­n pertumbuha­n 0.2 peratus ekoran tuntutan yang lebih tinggi terhadap pinjaman kerajaan dan BNM yang diperluask­an kepada sektor swasta.

Bagi wang secara kecil, pertumbuha­nnya menyederha­na kepada paras terendah dalam tempoh 15 bulan kepada 6.7 peratus tahun ke tahun pada Mei memandangk­an permintaan ke atas deposit menyusut untuk bulan kelima berturut-turut.

Bagi pertumbuha­n pinjaman, kekal pada aliran meningkat pada Mei, mencatat paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan berikutan pinjaman yang lebih tinggi yang diperluask­an untuk pembelian sekuriti, aset tetap tidak termasuk tanah dan bangunan, serta modal kerja.

Laporan itu juga menyebut bahawa menurut BNM, kecairan dan pembiayaan bank selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 kekal kondusif bagi menyokong pengantara­an kewangan.

“Mencermink­an sektor perbankan yang agak sihat, nisbah pinjaman kepada dana dan nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti masing-masing sebanyak 83 peratus dan 72.5 peratus, dengan semua peringkat perbankan mencatatka­n paras melepasi syarat kawal aturan minimum pada 90 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia