Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Dunia lihat kualiti, keterangku­man pertumbuha­n ke hadapan

-

KUALA LUMPUR: Bank Dunia masih melihat Malaysia sebagai ‘kisah kejayaan’ walaupun hutang negara mencecah RM1 trilion, kata Pengarah Negara bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand Dr Mara Warwick.

“Kami melihat Malaysia mempunyai ekonomi yang kukuh dan bergetak ke arah pendapatan tinggi.

“Apa yang kami tekankan dalam laporan ini (Laporan Ekonomi Malaysia) ialah pentingnya melihat kepada kualiti pertumbuha­n, keterangku­man pertumbuha­n ke hadapan dan bagaimana setiap rakyat Malaysia boleh memanfaatk­an kejayaan ekonomi yang telah dicapai,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n laporan itu di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Dr Richard Record berkata, yang paling penting ialah kerajaan baharu perlu memastikan hutang ditangani dengan telus, waspada serta berhati-hati selain melaksanak­an pengurusan berhemat.

Beliau berkata hutang yang besar, sebanyak 97.7 peratus dalam denominasi ringgit, wajar menyediaka­n risiko terhad kepada kerajaan dari segi pendedahan kepada tukaran asing.

Beliau juga berkata, hampir 70 peratus daripada hutang itu merupakan hutang jangka sederhana dengan tempoh matang melepasi tiga tahun, dan oleh itu ‘menyediaka­n risiko terhad dari segi terma pulang ganti’.

Laporan Ekonomi Malaysia Bank Dunia mengunjurk­an ekonomi negara berkembang pada kadar 5.4 peratus tahun ini, disokong oleh pertumbuha­n yang lebih kukuh dalam penggunaan isi rumah.

Prospek jangka pendek yang lebih kukuh dalam perbelanja­an isi rumah mencermink­an dorongan tambahan daripada langkah- langkah dasar baharu kerajaan, ter- masuk penggantun­gan sementara cukai penggunaan.

Bagi memastikan kelestaria­n fiskal jangka panjang dalam penetapan fiskal yang baharu laporan itu menekan mengenai perlunya perubahan struktur yang lebih mendalam untuk mempelbaga­ikan sumber pendapatan fiskal, merasional­kan pengeluara­n operasi yang tidak penting, menyusun semula beberapa projek infrastruk­tur berskala besar dan meningkatk­an kecekapan perbelanja­an.

Bank Dunia menggalakk­an kerajaan mengekalka­n sasaran defisit fiskal sebanyak 2.8 peratus tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia