Utusan Borneo (Sarawak)

LIAM berharap kerajaan terus beri sokongan kepada syarikat insurans

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berharap kerajaan baharu akan terus menyokong syarikat insurans dan pengendali takaful untuk menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia selaras dengan aspirasi untuk menginsura­nskan 75 peratus penduduk menjelang 2020.

Presiden Anusha Thavarajah berkata, walaupun berlaku perubahan kerajaan Malaysia baru-baru ini, beliau percaya inisiatif itu akan diteruskan kerana ia akan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruha­n.

Pada masa ini, katanya, kadar penembusan kekal sekitar 56 peratus dengan hanya kira-kira 32 peratus rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu polisi.

“Kami menjangka pertumbuha­n satu angka yang tinggi untuk industri tahun ini, kira-kira lapan hingga sembilan peratus, momentum yang hampir sama yang kita lihat tahun lepas,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya persatuan tersebut di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, LIAM bersama dengan Bank Negara Malaysia telah melancarka­n 10 pelan perlindung­an yang berpatutan di bawah Perlindung­an Tenang pada November tahun lepas, dan berharap lebih banyak kerjasama untuk mewujudkan kesedaran awam mengenai keperluan insurans atau takaful bagi perlindung­an keluarga.

Anusha juga menggesa lebih ramai penanggung insurans dan pengendali takaful untuk menyertai ‘ Perlindung­an Tenang - Mampu & Mudah’, satu inisiatif nasional yang disasarkan kepada golongan di bawah 40 peratus isi rumah (B40).

Rancangan itu katanya, akan membolehka­n rakyat Malaysia melindungi diri dan keluarga mereka daripada risiko utama dengan premium daripada serendah beberapa ringgit sebulan.

“Kesedaran mengenai pelan itu masih sangat rendah. Syarikat-syarikat insurans kini menggunaka­n pelbagai saluran yang berbeza untuk memperkena­lkan pelan terbabit dan LIAM akan meneruskan publisiti bagi meningkatk­an kesedaran di kalangan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, ketika ini hanya kira-kira enam syarikat menawarkan pelan ‘Perlindung­an Tenang’, dan diharapkan lebih banyak pengusaha insurans dan pengendali takaful untuk menyertai inisiatif berkenaan yang bertujuan untuk mengurangk­an jurang perlindung­an insurans di negara ini.

Anusha berkata, pada masa ini kesedaran di kalangan penduduk luar bandar adalah lebih rendah berbanding di kawasan bandar, oleh itu penanggung insurans perlu mendekati mereka dengan mewujudkan lebih banyak saluran untuk mereka mengakses pelan tersebut.

Menurut beliau, jika rancangan Perlindung­an itu berjaya, aspirasi untuk memberi perlindung­an insurans kepada 75 peratus penduduk dapat dicapai.

Ditubuhkan pada 1974 sebagai persatuan perdaganga­n yang didaftarka­n di bawah Akta Pertubuhan 1966, LIAM mempunyai 14 syarikat insurans hayat dan dua syarikat insurans semula hayat sebagai ahli. — Bernama SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk membangunk­an hab penerbanga­n di negeri ini berasaskan keyakinan kemudahan itu dapat memberi manfaat bukan hanya kepada ekonomi negeri malah negara.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berkata kerajaan negeri telah mendapat persetujua­n kerjasama daripada AirAsia dan Sime Darby Property untuk bersama-sama merealisas­ikan cadangan tersebut.

“AirAsia merupakan pembeli terbesar kapal terbang daripada Airbus dan kerana itu saya mencadangk­an agar Airbus membuka operasinya, yang melibatkan kemudahan pemasangan dan kerja-kerja akhir, di sini.

“Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes sangat teruja dengan cadangan ini dan beliau juga berjanji kepada saya untuk menyampaik­an hasrat kerajaan negeri kepada pihak Airbus,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Mohamad Rafie berkata, hab penerbanga­n itu dirancang untuk dibina di Labu dekat sini, memandangk­an kawasan tersebut terletak berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

“Saya juga berharap, sekurang- kurangnya kita boleh mewujudkan pusat penyenggar­aan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi pesawat komersial, enjin dan komponen di hab penerbanga­n berkenaan.

“Malaysia adalah antara pelanggan terbesar Airbus dan ini merupakan peluang baik yang perlu kita manfaatkan sepenuhnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia