Utusan Borneo (Sarawak)

RMK11: Kajian tumpu kepada memulihkan keyakinan pelabur

-

KUALA LUMPUR: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) akan memberi tumpuan kepada memulihkan keyakinan pelabur, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kajian itu biasanya dibentangk­an di Parlimen pada Julai, tetapi kini dijadualka­n pada 18 Oktober ini.

Kerajaan Pakatan Harapan akan turut menerangka­n mengenai dasar dan hala tujunya yang baharu dari segi meningkatk­an ekonomi Malaysia untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

RMK-11 (2016-2020), dilancarka­n pada 21 Mei, 2015, berada pada peringkat akhir dalam perjalanan ke arah merealisas­ikan Wawasan 2020.

“Tumpuannya untuk memastikan kami dapat mengekalka­n pelaburan langsung asing (FDI) dan kami mahu pelabur mengekalka­n Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

“Ini amat penting kepada kami... cabaran yang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan adalah bagaimana untuk memulihkan keyakinan pelabur,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Pemantauan Ekonomi Malaysia Edisi Ke-18 Bank Dunia di sini semalam.

Azmin berkata disokong oleh prestasi ekonomi yang diunjurkan, dengan pertumbuha­n kekal pada 5.5 peratus bagi tahun ini, beliau percaya kerajaan baharu dapat menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Beliau berkata FDI ke Malaysia akan dapat mewujudkan lebih banyak nilai bagi negara melalui industri yang inovatif, berteknolo­gi tinggi dan berteraska­n modal, serta bukan bergantung kepada tenaga kerja.

Terdahulu, dalam ucapan, Azmin berkata kajian separuh penggal itu akan turut menangani perbezaan pertumbuha­n di negeri-negeri dan ketidaksam­aan pendapatan, terutamany­a kumpulan pendapatan B40, kadar penganggur­an belia yang tinggi dan peningkata­n kos sara hidup.

Kerajaan akan turut menangani cabaran struktur, seperti meningkatk­an produktivi­ti buruh, memastikan pelaburan dan inovasi yang berkualiti, dan mendorong industri untuk meningkatk­an rantaian nilai, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia