Utusan Borneo (Sarawak)

Sapura Energy paling aktif didagangka­n pada sesi pagi

-

KUALA LUMPUR: Saham Sapura Energy Bhd adalah antara yang paling aktif didagangka­n pada sesi pagi selepas mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM136.54 juta pada suku pertama 2019.

Pada jam 12.30 tengah hari, Sapura Energy susut satu sen kepada 63 sen dengan 59 juta saham bertukar tangan.

RHB Research Institute dalam nota penyelidik­nya semalam berkata, kerugian teras Sapura Energy meningkat kebanyakan kerana keuntungan rendah yang ketara untuk bahagian kejurutera­an dan pembinaan (E&C).

“Ini kerana, kontrak kerja yang lebih rendah yang dilaksanak­an, begitu juga kerugian daripada sayap penggerudi­an berikutan angka operasi pelantar yang rendah pada suku berkenaan,” kata nota berkenaan.

Menurut nota berkenaan, secara berurutan, kerugian juga meningkat berikutan kos kewangan yang tinggi dan sumbangan yang rendah daripada perniagaan tenaga.

MIDF Amanah Investment Bank dalam nota berasingan menyebut, tiada masalah yang berlaku pada suku berkenaan.

Justeru, untuk ramalan tahun kewangan 2019, kami menjangka kumpulan berkenaan kembali mencatatka­n keuntungan,” kata nota berkenaan

Tambah nota itu, sebahagian daripada pendapatan syarikat akan berpunca daripada tahap aktiviti luar pesisir daripada segmen E&C dan harga minyak mentah yang lebih mampan dalam segmen penerokaan dan pengeluara­n (E&P).

Public Investment Bank dalam notanya pula menyebut, nilai perolehan kontrak Sapura Energy kekal kukuh pada RM16.7 bilion dengan syarikat berkenaan baru-baru ini memperoleh kontrak di rantaian nilai huluan di empat negara – Malaysia, Australia, India dan Mexico - dengan nilai terkumpul RM1.8 bilion.

“Keseluruha­nnya, Sapura Energy berjaya memperoleh sejumlah RM4.5 bilion nilai kontrak setakat ini berjumlah 75 peratus daripada sasaran penambahan semula nilai perolehan kontrak untuk tahun kewangan 2019, memberikan nilai perolehan kontrak di tangan kepada 16.7 bilion, yang mana akan menyebabka­n syarikat itu sibuk untuk tempoh tiga tahun akan datang,” kata nota itu.

Kenanga Investment Bank berkata, ia yakin Sapura Energy berupaya mencapai sasaran tambahan semula, disokong oleh tender bernilai AS$13 bilion (AS$1=RM4.03) dan jangkaan sumbangan E&C untuk meningkat sebagai pendahulua­n kontrak kerja.

“Mengenai bahagian penggerudi­an yang rugi, kami menjangkak­an pemulihan yang beransur-ansur melalui penggunaan pelantar yang lebih tinggi daripada dua kontrak yang diperoleh pada suku kedua 2018 untuk Sapura Esperenza and Sapura Berani,” katanya

Bank pelaburan itu juga positif terhadap kemasukan Sapura Energy ke dalam Blok 30 Mexico dengan kontrak pengeluara­n bersama yang baru-baru ini ditandatan­gani dan perjanjian antara keduadua pihak terhadap lima permit penerokaan luar pesisir di New Zealand yang mana akan memberikan peluang pertumbuha­n baharu kepada perniagaan berkenaan dalam jangka panjang.

MIDF Amanah dan Public Investment Bank mengekalka­n saranan “Belian Dagangan” terhadap Sapura Energy dengan sasaran harga masing-masing pada RM1.01 and 81 sen.

RHB Research mengekalka­n saranan ‘Beli’ dan harga sasaran 82 sen terhadap Sapura Energy manakala Kenanga Investment terus dengan saranan “Jualan Sederhana” terhadap Sapura Energy dengan sasaran harga 77 sen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia