Utusan Borneo (Sarawak)

Penganalis­is positif terhadap TNB susulan pengumuman surcaj

-

KUALA LUMPUR: Penganalis­is positif terhadap prospek Tenaga Nasional Bhd (TNB) susulan pengumuman untuk mengenakan surcaj sebanyak 1.35 sen per kilowatt jam (kWh) kepada pelanggan bukan domestik.

Pada jam 12.15 tengah hari, saham TNB susut 22 sen kepada RM14.42 dengan 4.38 juta saham diniagakan.

Pada Jumaat lepas, Suruhanjay­a Tenaga mengumumka­n kerajaan bersetuju untuk mengekalka­n tarif asas Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) pada 39.45 sen/kWh bagi separuh kedua tahun ini dengan surcaj sebanyak 1.35 sen/kWh kepada pelanggan bukan domestik.

Kenanga Investment Bank dalam nota penyelidik­an hari ini berkata surcaj tersebut amat positif kepada TNB berikutan ia menunjukka­n utiliti itu dapat melepaskan kos bahan api yang lebih tinggi kepada pengguna, manakala segmen domestik masih diberi subsidi.

“Malah, ini merupakan sur- caj pertama dikenakan kepada pengguna sejak pelaksanaa­n ICPT pada Januari 2014. Surcaj ICPT terkini itu akan meningkatk­an keyakinan pelabur berikutan kerajaan Pakatan Harapan komited kepada rangka kerja ICPT,” katanya.

MIDF Amanah Investment Bank dalam nota berasingan berkata keputusan untuk memberi subsidi kepada hanya pengguna kediaman membantu mengurangk­an beban Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), yang akan berkuranga­n kepada anggaran RM571 juta selepas subsidi separuh pertama 2018.

“Segmen kediaman menyumbang hanya 22 peratus daripada jumlah permintaan tenaga. Daripada ini, kami menjangka hanya RM155 juta daripada jumlah RM698 juta daripada surcaj ICPT separuh kedua 2018, selain RM175 juta daripada anggaran RM785 juta (1.52sen/ kwh) secara rebat akan dibiayai oleh EIF,” katanya.

Katanya baki jualan elektrik kepada sektor bukan kediaman akan diserap oleh ICPT selain penghapusa­n rebat 1.52sen/kwh sebelum ini.

Katanya sebanyak RM929 juta daripada dana EIF digunakan untuk memberi subsidi kepada pengguna secara menyeluruh pada separuh pertama tahun ini.

Sementara itu, Public Investment Bank berkata mekanisme ICPT melindungi TNB daripada pendedahan kepada sebarang turun naik bahan api dan kos penjanaan, yang akan membawa kepada kestabilan pendapatan.

Kenanga Investment Bank dan Public Investment Bank, masing- masing mengekalka­n pandangan ‘mengatasi pasaran’ ke atas TNB dengan harga sasaran, masingmasi­ng pada RM17.90 dan RM17.81.

MIDF Amanah mengekalka­n saranan ‘beli’ dan harga sasaran RM16.30 bagi syarikat gergasi utiliti negara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia