Utusan Borneo (Sarawak)

Angkat sumpah ADUN BN terdahulu tidak ikut proses sepatutnya

-

KOTA KINABALU: Majlis angkat sumpah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dijalankan semula pagi semalam bagi memenuhi Perlembaga­an Negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau menjelaska­n mengikut peraturan mesyuarat dewan, majlis angkat sumpah sebagai ADUN sepatutnya memerlukan pemakluman kepada Yang di-Pertua Negeri dan majlis angkat sumpah perlu diadakan di hadapan cokmar negeri sebagai tanda Yang di-Pertua meluluskan majlis itu.

“Yang dulu (majlis angkat sumpah wakil rakyat BN pertama) bukan tidak sah, tetapi ia tidak mengikut peraturan (proses) sepatutnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pembukaan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sabah ke- 15 oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di sini, semalam.

Menurut Mohd Shafie, berdasarka­n peraturan mesyuarat dewan, proses mengangkat sumpah sebagai ADUN sepatutnya diadakan pada persidanga­n pertama DUN.

Namun, beliau berkata persidanga­n pertama DUN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan atas sebab kecemasan, yang mana Yang di-Pertua Negeri telah memberi kelulusan.

Mohd Shafie menjelaska­n keputusan mengadakan majlis angkat sumpah semula itu bagi memastikan lunas undang-undang negeri dipatuhi.

“Kita tak mahu esok ia menjadi satu ikutan, di mana selepas pilihan raya, dua atau tiga boleh masuk bilik speaker untuk angkat sumpah kerana perlu ada pemakluman, perlu ada pengetahua­n TYT (Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri) dan ada cokmar sebagai tanda kuasa TYT telah diturunkan kepada speaker untuk membolehka­n speaker menguruska­n dewan,” katanya.

Kira-kira jam 8 pagi semalam, semua wakil rakyat yang menyokong kepimpinan pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman, kecuali Musa sendiri, mengangkat sumpah semula sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali sebelum pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidanga­n DUN Sabah Ke15 di sini.

Pada 11 Jun lepas, semua 43 ADUN termasuk empat ADUN dilantik, kerajaan baharu diketuai Parti Warisan Sabah pimpinan Mohd Shafie hadir ke Persidanga­n Khas DUN Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah dan pada persidanga­n itu juga DUN Sabah meluluskan undi percaya kepada Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.

Bagaimanap­un semua 21 ADUN daripada UMNO dan bekas anggota komponen BN seperti PBS, PBRS dan UPKO serta parti Solidariti yang masih setia dan menyokong kepimpinan Musa tidak menghadiri persidanga­n khas itu.

Pada keesokan harinya (12 Jun), 19 daripada 21 ADUN berkenaan tampil mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah di hadapan speaker DUN Sabah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkan­g iaitu (dari kiri) Dr Jeffry Kitingan, Hajiji dan Masidi menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkan­g iaitu (dari kiri) Dr Jeffry Kitingan, Hajiji dan Masidi menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSIDANG: Mohd Shafie (kanan) bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-15 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, semalam. Turut hadir dua lagi Timbalan Ketua...
— Gambar Bernama BERSIDANG: Mohd Shafie (kanan) bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-15 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, semalam. Turut hadir dua lagi Timbalan Ketua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia