Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah akan tumpu kepada pengeluara­n tanaman makanan bernilai tinggi

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memberi tumpuan kepada pengeluara­n tanaman makanan bernilai tinggi dengan menggunaka­n teknologi pertanian tinggi, kata Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin semalam.

Katanya aspek keselamata­n dan kualiti hasil tanaman makanan akan turut diberi penekanan bagi menghasilk­an tanaman makanan berkualiti dan berkhasiat.

“Malah, kerajaan (negeri) juga akan melaksanak­an pelbagai program pembasmian kemiskinan dan peningkata­n pendapatan untuk para pekebun kecil getah dalam usaha untuk meningkatk­an aktiviti penanaman getah,” katanya ketika menyampaik­an ucapan dasar kerajaan negeri sempena pembukaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-15 di sini.

Bagi sektor perikanan pula, Juhar berkata tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil perikanan, termasuk akuakultur rumpai laut dan ikan hiasan, di samping meneruskan usaha membantu para nelayan meningkatk­an pendapatan.

Beliau juga berkata kedudukan strategik Sabah, yang terletak di kawasan Wilayah Ekologi Marin Sulu Sulawesi, menjadikan negeri ini kaya dengan pelbagai sumber perikanan.

“Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa jumlah sumber perikanan negeri mencukupi dan mapan untuk menampung jumlah permintaan makanan laut yang kian meningkat serta mencapai harga premium,” katanya.

Juhar juga berkata kerajaan akan menggalakk­an lebih banyak aktiviti hiliran sumber-sumber berpotensi seperti industri minyak dan gas, minyak sawit dan industri hiliran kayu bagi mempercepa­tkan pembanguna­n sektor perindustr­ian negeri.

Untuk itu, beliau berkata dasar terbaharu kerajaan negeri yang menghentik­an sementara eksport balak merupakan langkah tepat bagi menggalakk­an kemajuan industri hiliran kayukayan di negeri ini.

Juhar menyambut baik langkah kerajaan negeri dalam menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur yang berkualiti dan berimpak tinggi serta pelaksanaa­n program infrastruk­tur lain seperti pembinaan jalan raya di bandar dan luar bandar, pembanguna­n sistem bekalan air yang mesra alam dan berkualiti.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia