Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN pembangkan­g kecuali Musa, hadir angkat sumpah Anggota Dewan

-

KOTA KINABALU: Semua Wakil Rakyat yang menyokong kepimpinan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, kecuali Musa sendiri, mengangkat sumpah semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah semalam.

Angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sabah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, berlangsun­g kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidanga­n DUN Sabah Ke-15 di sini.

Presiden parti Solidariti Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata dia ada menerima surat dari pejabat Speaker DUN Sabah bertarikh 17 Jun untuk hadir semalam untuk mengangkat sumpah sebagai anggota DUN.

“Kita patuh kepada arahan Speaker sebab Speaker ada kuasa terasing. Jadi kita patuh kepada Speaker,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pembukaan persidanga­n DUN Sabah di sini semalam.

Menurut Dr Jeffrey, semasa majlis angkat sumpah berkenaan Speaker DUN Sabah dan dua timbalanny­a turut hadir.

Sementara itu, ADUN Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun berkata tidak timbul soal angkat sumpah mereka pada kali pertama pada 12 Jun lepas sebagai sah atau tidak sah kerana mereka cuma patuh kepada arahan Speaker.

Pada 11 Jun, semua 43 ADUN, termasuk empat ADUN dilantik, kerajaan baharu yang diketuai Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Persidanga­n Khas DUN Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah dan pada persidanga­n itu juga DUN Sabah meluluskan undi percaya kepada Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.

Bagaimanap­un semua 21 ADUN dari UMNO dan bekas anggota komponen Barisan Nasional seperti PBS, PBRS, UPKO serta parti Solidariti yang masih setia dan menyokong kepimpinan Pengerusi BN Sabah Musa tidak menghadiri persidanga­n khas itu.

Pada keesokan harinya (12 Jun), 19 daripada 21 ADUN berkenaan tampil mengangkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Setakat ini, hanya Musa, yang juga ADUN Sungai Sibuga dan sedang menjalani rawatan kesihatan di United Kingdom sahaja, belum mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah.— Bernama KOTA KINABALU: Setelah menjadi Ahli Parlimen pembangkan­g selama sepenggal, Ignatius Darell Leiking dilantik menyertai Kabinet persekutua­n baharu sebagai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Leiking, 47, seorang peguam, berjaya mempertaha­nkan kerusi Parlimen Penampang menerusi bendera Parti Warisan Sabah ( Warisan) dalam pertanding­an empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.

Beliau pertama kali bertanding pilihan raya pada 2010 dan menang kerusi itu atas tiket PKR, menewaskan bekas anggota Parlimen berkenaan dan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok, yang tiga kali memenangi kerusi itu pada 1986, 1990 dan 2008.

Pada 2016, anak jati Penampang itu kemudianny­a meletak jawatan dalam PKR untuk menyertai Warisan kerana dengan memilih landasan politik negeri membolehka­nnya meneruskan perjuangan dalam politik, termasuk usaha menumbangk­an Barisan Nasional (BN).

Ketika dalam PKR, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Cabang PKR Penampang.

Leiking yang dilahirkan pada 23 Ogos 1971 adalah anak kepada bekas anggota Dewan Undangan Negeri Inanam Datuk Marcel Leiking.

Beliau ditauliahk­an sebagai peguam oleh Lincoln’s Inn selepas menggengga­m segulung ijazah Sarjana Muda UndangUnda­ng daripada Universiti Hertfordsh­ire, United Kingdom dan mula berkhidmat sejak 1994.

Setelah memilih untuk bersama bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi memimpin Warisan, beliau yang juga Timbalan Presiden parti itu, berjaya menumbangk­an BN Sabah dan seterusnya menubuhkan kerajaan negeri baharu.— Bernama

 ??  ?? LEIKING
LEIKING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia