Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tumpu bangunkan modal insan, lonjak pertumbuha­n ekonomi

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memberi tumpuan dalam membangunk­an modal insan yang juga pemangkin kepada pertumbuha­n mapan ekonomi di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata selaras dengan itu, kerajaan akan berusahame­mbangunkan­modal insan secara holistik serta berterusan bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahir­an tinggi, berinovasi, kreatif dan berdaya saing.

“Antaranya meliputi pemerkasaa­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam pelbagai bidang termasukla­h sains dan teknologi, kejurutera­an serta matematik dan keusahawan­an.

“Justeru, kerajaan akan memperting­katkan keupayaan Institut Pengajian Tinggi milik kerajaan negeri serta memperkuku­h lagi kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi yang lain, termasuk institusi pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha memberikan perkhidmat­an latihan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Ke-15, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew.

Mengulas lanjut, Juhar berkata selaras dengan usaha membangunk­an modal insan, kerajaan negeri melalui yayasan Sabah akan menambah peruntukan kewangan dan tajaan untuk pelajar daripada seluruh negeri ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau swasta.

Sementara itu, beliau mengambil kesempatan menyeru agar semua agensi kerajaan negeri serta penjawat awam melaksanak­an tugas harian berpanduka­n hasrat dan aspirasi kerajaan baharu.

“Penjawat awam perlu bersikap profesiona­l dalam meng- galas tanggungja­wab sebagai jentera kepada kerajaan sedia ada. Penjawat awam adalah penentu dalam mencorak hala tuju dan kejayaan kerajaan,” katanya.

Katanya perkhidmat­an yang diperlukan oleh masyarakat memerlukan perspektif baharu dan perkhidmat­an itu perlu berubah dengan mewujudkan rangka tindakan yang mampu bergerak ke hadapan.

Juhar berkata kerajaan negeri juga berusaha merealisas­ikan Perkhidmat­an Awam yang berprestas­i tinggi dengan menstruktu­rkan semula organisasi seperti yang dijelaskan dalam manifesto parti pemerintah masa ini.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia