Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING TUAN RUMAH FINAL RATU CANTIK DUNIA MALAYSIA 2018

-

KUCHING: Buat julung kalinya Kuching menjadi tuan rumah Pertanding­an Akhir Ratu Cantik Dunia Malaysia 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 8 September depan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bakal menjadi sejarah kepada Sarawak kerana pertama kali menjadi tuan rumah bagi pertanding­an ratu cantik sedemikian.

“Bagi kerajaan Sarawak, ia menjadi satu penghormat­an kerana memilih Kuching sebagai lokasi pertanding­an ini.

“Kerajaan Sarawak akan bersedia membantu menjayakan program ini bersama agensi pelanconga­n serta para penganjur kerana ia pastinya mempromosi­kan keunikan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pertanding­an Ratu Cantik Dunia Malaysia 2018 yang dihadiri Ratu Cantik Dunia 2016 Stephanie Del Valle, Pengarah Acara Ratu Dunia Steve Douglas dan Official Licensee Ratu Dunia Malaysia 2018 Sean Wong di sini, semalam.

Menurut Abdul Karim, acara itu juga pastinya akan memperkena­lkan kepelbagai­an kaum dan keindahan alam semula jadi Sarawak.

Pada kali ini, dua lagi gelaran diperkenal­kan iaitu Miss Multinasio­nal Malaysia 2018 dan Miss Eco Malaysia 2018 yang memberi inspirasi kepada calon berpotensi bertanding di peringkat antarabang­sa.

Ratu Cantik Dunia Malaysia 2018 terbuka kepada wanita bujang bukan Islam Malaysia dan pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 dan hadiah bernilai RM30,000, selain diberi peluang menjalani dandanan peribadi eksklusif daripada perunding imej selebriti, Ida Ong.

Pemenang juga akan menjalani penggambar­an bersama pemenang anugerah jurugambar selebriti Billy Mork, tinggal selama sebulan di Hainan, China selain mewakili Malaysia ke pertanding­an berprestij iaitu Ratu Dunia 2018.

Calon berpotensi kini boleh melayari laman sesawang http://www. missworldm­alaysia.org dan tarikh tutup penyertaan 31 Julai 2018.

 ??  ?? ACARA BERPRESTIJ: Abdul Karim (tengah) bersama Wong (dua kanan), Stephanie (kanan) serta Steve (kiri) beraksi selepas sidang media, semalam.
ACARA BERPRESTIJ: Abdul Karim (tengah) bersama Wong (dua kanan), Stephanie (kanan) serta Steve (kiri) beraksi selepas sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia