Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Hartanah SHEDA 2018 di BCCK bermula semalam

Ekspo selama tiga hari disertai 86 pempamer industri hartanah dan perumahan, saji pelbagai acara dan aktiviti menarik

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) kini menganjurk­an Ekspo Hartanah SHEDA 2018 selama tiga hari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bermula semalam.

Presiden SHEDA Dr Christophe­r Ngui Siew Ling berkata, SHEDA telah menganjurk­an ekspo itu sejak 1998 dan kini memasuki dua dekad penganjura­nnya.

“Ekspo pertama dikenali SARBEX yang ditubuhkan pada 1998 oleh ahli majlis yang mempunyai kepercayaa­n bahawa ekspo tersebut membuka peluang kepada rakan-rakan kita dalam industri ini untuk mempamerka­n produk, reka bentuk dan teknologi pembinaan baharu yang mereka tawarkan.

“Pada masa sama mewujudkan kesedaran tentang pasaran hartanah dan perumahan di kalangan ahli termasuk orang ramai sebelum SARBEX dijenamaka­n semula dan kini dikenali sebagai Ekspo Har-

Pada masa sama mewujudkan kesedaran tentang pasaran hartanah dan perumahan di kalangan ahli termasuk orang ramai sebelum SARBEX dijenamaka­n semula dan kini dikenali sebagai Ekspo Hartanah Sheda. Dr Christophe­r Ngui Siew Ling Presiden SHEDA

tanah Sheda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA 2018 yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut ditemani Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di BCCK di sini, semalam.

Tambah Christophe­r, tahun ini merupakan ulang tahun ke25 SHEDA sejak ditubuhkan pada 6 Julai 1993.

“Mewakili pihak SHEDA, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sokongan yang diberikan dan ahli-ahli SHEDA yang sentiasa menyokong dan membina organisasi bersama-sama,” katanya lagi.

Terdahulu Pengerusi Penganjur Gary Kho Thong How berkata, Ekspo Hartanah SHEDA 2018 disertai 86 pempamer yang terdiri daripada pemain industri hartanah dan perumahan.

“Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya pertanding­an mewarna kanak-kanak, peraduan prorobotik penjaga gol sempena Piala Dunia FIFA 2018 yang mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa jersi yang telah ditandatan­gani bintang Portugal Cristiano Ronaldo.

“Orang ramai juga berpeluang mendapatka­n botol percuma yang terhad kepada 1,000 pengunjung setiap hari selain hadiah cabutan bertuah setiap hari dan langganan setahun e-Paper untuk salah satu akhbar kumpulan See Hua (See Hua, Borneo Post dan Utusan Borneo),” jelasnya.

Menurutnya lagi, pada ekspo itu juga, program derma darah di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bersama Kuching Life Care Society turut diadakan.

 ??  ??
 ??  ?? JOM SERTAI KAMI: Antara pempamer yang menyertai Ekspo Hartanah SHEDA 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dari 6 hingga 8 Julai ini.
JOM SERTAI KAMI: Antara pempamer yang menyertai Ekspo Hartanah SHEDA 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dari 6 hingga 8 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia