Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur aktiviti kemasyarak­atan untuk pupuk perpaduan rakyat

-

SRI AMAN: Setiap persatuan harus menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, kerajaan sentiasa menggalakk­an setiap anggota masyarakat menyertai persatuan bagi meningkatk­an semangat kerjasama serta setia kawan.

“Penyertaan anggota masyarakat dalam persatuanp­ersatuan di negeri ini sangat penting bagi merealisas­ikan hasrat sebuah masyarakat yang bersatu padu dan aman damai,” ujarnya.

Berucap pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri dan Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Hiasan Lampu Kediaman anjuran Jawatankua­sa Kebajikan Islam Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang di Stadium Mini di sini baru-baru ini, Harden menegaskan persatuan turut memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan adat serta kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak.

“Setiap kaum di negeri ini memiliki adat resam dan budaya unik masing-masing. Maka itu, dengan berpersatu­an, kita secara tidak langsung berpeluang untuk memartabat­kannya ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Harden menambah, semangat bekerjasam­a, kerajinan dan kejujuran dalam kalangan para pemimpin serta ahli persatuan adalah ciri-ciri penting untuk mengekalka­n kedudukan sesebuah persatuan.

“Ciri-ciri sedemikian perlu wujud dalam setiap persatuan untuk memastikan persatuan sentiasa bergerak aktif serta mengekalka­n kerjasama,” katanya.

Hadir sama Timbalan Residen Pembanguna­n Bahagian Sri Aman Philip Peter Salam, Penghulu Abdul Samad Abdul Rahim, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Tiong Chong Onn serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

Pada majlis itu, Harden menyampaik­an geran kerajaan bernilai RM16,000 untuk Program Ramah-Tamah Aidilfitri serta Hadiah Pertanding­an Keceriaan Hiasan Lampu Kediaman serta Piala Datuk Francis Harden Hollis bagi 2018 kepada Pengerusi Pengelola Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Jolly Ramli.

Beliau turut menyampaik­an geran tambahan bernilai RM51,000 kepada 22 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Melayu di kawasan DUN Simanggang untuk tujuan pelaksanaa­n aktiviti sepanjang tahun mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia