Utusan Borneo (Sarawak)

Fokus khusus kementeria­n ialah kepada projek-projek di Sabah dan Sarawak tanpa mengetepik­an negeri-negeri lain

-

BATU MAUNG: Kementeria­n Kerja Raya akan mengkaji semula semua infrastruk­tur projek yang telah diluluskan sebelum ini bagi mengenal pasti tahap keperluann­ya, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata kementeria­n itu bertanggun­gjawab untuk membina infrastruk­tur yang baik bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat dan sehubungan itu keutamaan akan diberi kepada projek-projek yang melibat dan diperlukan oleh rakyat.

“Selepas empat hari memegang jawatan menteri, saya difahamkan terdapat beberapa projek kategori kritikal dan sangat kritikal yang perlu diberi keutamaan demi kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf jalan negeri di sini semalam.

Beliau berkata fokus Kementeria­n Kerja Raya kini ialah kepada projek-projek infrastruk­tur, hospital, sekolah dan bekalan air bersih khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sahaja Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan, negeri- negeri di Semenanjun­g juga akan diberi perhatian supaya semua projek infrastruk­tur akan memberi impak yang baik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Bagaimanap­un, Baru berkata projek yang telah ditandatan­gani perjanjian dan diberikan kepada kontraktor yang sepatutnya, akan diteruskan kecuali ada isu yang dibangkit mengenai projek berkenaan.

Dalamperke­mbangansam­a, Baru berkata kerajaan Pulau Pinang telah membangkit­kan dua projek hospital yang perlu diutamakan.

“Menerusi taklimat ringkas bersama Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) awal pagi ini (semalam), beliau telah meminta kementeria­n memberi keutamaan kepada projek naik taraf Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya demi keselesaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan projek menaik taraf jalan negeri bernilai RM123 juta yang merangkumi jejambat dua hala menghubung­kan Batu Maung dan Jalan Sultan

Bukan sahaja Sabah dan Sarawak akan diberi keutamaan, negeri-negeri di Semenanjun­g juga akan diberi perhatian supaya semua projek infrastruk­tur akan memberi impak yang baik kepada semua

Malaysia. ” rakyat Baru Bian Menteri Kerja Raya

Azlan Shah; menaik taraf persimpang­an Batu Maung kepada bulatan Batu Maung; membina sebuah jejantas di Sekolah Kebangsaan Batu Maung; dan menaik taraf jalan dari dua lorong sehala kepada empat lorong dua hala. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELAKSANAA­N PROJEK: Baru Bian (empat kanan) merasmikan projek menaiktara­f Jalan Negeri (P10) daripada Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah (flyover) di George Town, semalam.
— Gambar Bernama PELAKSANAA­N PROJEK: Baru Bian (empat kanan) merasmikan projek menaiktara­f Jalan Negeri (P10) daripada Batu Maung ke Jalan Sultan Azlan Shah (flyover) di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia