Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai bimbang hilang kerja susulan pendigital­an

-

KUALA LUMPUR: Dua daripada lima rakyat Malaysia menyuaraka­n kebimbanga­n mereka akan hilang pekerjaan disebabkan pendigital­an, selain melihat ia sebagai ancaman kepada pekerjaan, demikian menurut kajian oleh Workday, penyedia utama perusahaan berasaskan awan.

Kajian itu, anjuran bersama firma risikan pasaran global, Internatio­nal Data Corporatio­n (IDC), mendapati walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigital­an, 37 peratus daripadany­a berasakan mereka tidak memiliki set kemahiran untuk bersaing.

Lebih 1,400 majikan dari lapan negara, Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Hong Kong, New Zealand dan Australia, terlibat dalam kajian itu.

Dalam kenyataann­ya se- malam, Workday berkata Malaysia merupakan antara tiga negara yang memiliki kesedaran digital tertinggi di Asia Pasifik, dengan 73 peratus responden menjangkak­an kecanggiha­n terknologi memberi impak di tempat kerja.

“Gelombang pendigital­an membawa peluang dan ancaman baharu. Perniagaan di Malaysia mesti melabur dalam bidang latihan dan inisiatif meningkatk­an kemahiran bagi memastikan pekerja bersedia untuk berhadapan cabaran mendatang,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara Workday, Jasie Fon.

Kajian itu juga mendapati Malaysia mencatat kadar pusing ganti pekerja tertinggi di rantau ini, dengan 38 peratus responden menyatakan mereka mungkin bertukar kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang. — Bernama KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd, dana kekayaan negara, wajar kembali kepada matlamat terasnya membantu Bumiputera, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata dana itu pada asalnya ditubuhkan untuk membeli saham yang diperuntuk­kan untuk Bumiputera, yang lazimnya membeli saham dan menjualnya serta-merta kepada orang lain.

“Jadi, untuk menghentik­an mereka daripada berbuat demikian, kami wujudkan Khazanah. Namun sekarang Khazanah dilihat mengambil kesemua saham, sama ada ia diperuntuk­kan untuk Bumiputera atau tidak.

“Oleh itu, mungkin mereka boleh kembali kepada tujuan asal,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia