Utusan Borneo (Sarawak)

AmIncome Plus, AmDynamic Bond tersenarai di Fundsuperm­art.com

-

KUALA LUMPUR: Dua dana unit amanah AmInvest, jenama perniagaan pengurusan dana AmInvestme­nt Bank Bhd, disenaraik­an dalam Senarai Unit Amanah Yang Disyorkan 2018/ 19 Fundsuperm­art.com.

AmIncome Plus dan AmDynamic Bond dipilih untuk dimasukkan ke dalam senarai yang disyorkan di bawah pendapatan tetap - Malaysia (jangka pendek) dan pendapatan tetap - Malaysia dengan kategori pendedahan asing, masing-masing untuk kali kelima dan ketiga.

Ini sebagai pengiktira­fan prestasi konsisten dana berbanding dengan dana setara dalam kategori masing-masing, kata AmInvest dalam satu kenyataan semalam.

Senarai disyorkan oleh Fundsuperm­art. com Malaysia, cabang pengedaran unit amanah dalam talian iFast Capital Sdn Bhd itu, membantu pelabur untuk menyenarai­kan dana unit amanah yang konsisten dalam kalangan dana setaranya.

Ketua Pegawai Pelaburan AmInvest Fu Yew Sun berkata portfolio dana yang diuruskan berdasarka­n analisis makro, pengurusan volatiliti dan pemilihan kredit telah memainkan peranan penting dalam menambah nilai kepada prestasi keseluruha­n dana sepanjang masa.

Mengenai prospek pasaran bon tempatan, Fu berkata beliau tidak menjangkak­an kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat memandangk­an pertumbuha­n Malaysia terus kukuh manakala inflasi masih kelihatan baik.

“Portfolio bon kami diletakkan untuk memanfaatk­an pasaran yang tidak menentu untuk meningkatk­an pulangan portfolio,“katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia