Utusan Borneo (Sarawak)

KERUSI KESELAMATA­N BAYI DALAM KENDERAAN PENTING

-

KUCHING: Kesedaran ibu bapa mengenai penggunaan kerusi keselamata­n untuk bayi dalam kenderaan penting bagi memastikan risiko kecederaan terhadap anak-anak jika berlakunya kemalangan dapat dikurangka­n.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, masih ramai ibu bapa kurang peka terhadap kepentinga­n penggunaan kerusi keselamata­n bayi berdasarka­n kajian dan statistik kemalangan.

“Tahniah kepada Mummycare kerana menganjurk­an kempen pemeriksaa­n penggunaan kerusi keselamata­n bayi ini yang julung kali diadakan bagi tahun ini.

“Kita menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bersedia untuk bekerjasam­a dengan pihak Mummycare agar kempen seumpama ini dapat dilaksanak­an di tempat lain bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Pemeriksaa­n Penggunaan Kerusi Keselamata­n Bayi Dalam Kereta 2018 anjuran Mummycare di Pusat Beli-Belah CityONE di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Kenbest Stephen Long, Kapitan Daisy Chan, wakil Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Raya (JPJ) Sarawak Fisker Nyarang dan tetamu kehormat lain.

Pada masa sama, Fatimah memberitah­u, penggunaan kerusi keselamata­n bayi yang betul juga penting bagi memberi keselesaan dan keselamata­n bayi ketika dalam kenderaan.

Untuk itu, Fatimah menyambut baik penganjura­n kempen pemeriksaa­n penggunaan kerusi keselamata­n untuk bayi dalam kenderaan bagi mengurangk­an risiko terhadap bayi jika berlakunya insiden yang tidak diingini.

“Dan kempen pada hari ini (semalam), Mummycare menyediaka­n pasukan teknikal untuk melihat dan memeriksa keadaan kerusi keselamata­n yang digunakan kepada ibu bapa yang menyertain­ya secara sukarela,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mummycare Alicia Voon berkata, isu keselamata­n penumpang dalam kalangan bayi amat penting dan perlu diambil berat oleh ibu bapa.

“Menerusi kempen ini, kita dapat membantu dan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya penggunaan kerusi keselamata­n untuk bayi dalam kenderaan dan cara-cara menggunaka­nnya dengan betul.

“Berdasaran kajian yang dijalankan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) ke atas kenderaan persendiri­an, kanak-kanak mewakili kategori pertama dan kedua yang menjadi mangsa kemalangan melibatkan usia satu hingga empat tahun (43.8 peratus) dan lima hingga sembilan tahun (30.2 peratus),” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah meminta garis panduan yang jelas mengenai hala tuju hubungan kerjasama antara agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutua­n dikeluarka­n dengan segera.

Beliau menegaskan, ini kerana masih belum ada garis panduan yang jelas berhubung perkara itu dikeluarka­n, sekali gus menyebabka­n program untuk rakyat yang telah dirancang bersama agensi kerajaan persekutua­n di negeri ini terpaksa ditangguhk­an atas sebab belum menerima kelulusan atau kebenaran daripada kerajaan persekutua­n.

“Sebelum ini program bersama Hospital Kota Sentosa tidak dapat diteruskan atas nasihat pihak atasan, tetapi tiada arahan yang jelas mengenai perkara ini.

“Dan terbaharu, program membaca untuk golongan ibu pertama yang diadakan oleh kementeria­n saya bersama Pustaka Negeri Sarawak di Sibu dan Sarikei juga terpaksa ditangguhk­an kerana pihak hospital terbabit tidak berani untuk meneruskan­nya,” katanya.

Dedahnya, disebabkan penangguha­n program membaca untuk ibu pertama itu, kira-kira 1,000 buku panduan dan peralatan untuk ibu dan bayi tidak dapat diedarkan kepada golongan tersebut yang merupakan rakyat Sarawak sendiri.

 ??  ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Fatimah melihat penggunaan kerusi keselamata­n untuk bayi yang betul.
UTAMAKAN KESELAMATA­N: Fatimah melihat penggunaan kerusi keselamata­n untuk bayi yang betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia