Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM-IPGM-DBKL lancar program kumpul tandatanga­n rakyat tentang rasuah

-

KUALA LUMPUR: Program ‘Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages’ dianjurkan secara serentak semalam di seluruh negara bagi menyebar luas mesej pencegahan rasuah kepada masyarakat umum.

Program anjuran Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bagi mendapatka­n suku juta tandatanga­n masyarakat menentang jenayah rasuah untuk dijadikan penanda aras bagi mendapatka­n pengiktira­fan dalam Malaysia Book of Records.

SPRM dan IPGM dalam satu kenyataan bersama, berkata seramai 1,000 peserta termasuk pegawai SPRM dan warga pendidik dari 27 kampus IPGM bergerak serentak ke 262 lokasi di seluruh negara bermula 9 pagi sehingga 3 petang untuk bersemuka dengan masyarakat dan mengedarka­n 250,000 risalah yang mengandung­i maklumat berkaitan antirasuah.

“Pada masa yang sama, peserta juga mendapatka­n tandatanga­n mereka sebagai tanda menyokong inisiatif menentang rasuah,” menurut kenyataan itu.

Majlis perasmian penutupan program tersebut akan disempurna­kan oleh Timba- lan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dataran DBKL di sini yang akan turut dihadiri Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Menurut kenyataan itu, program yang julung kali diadakan tersebut bertujuan mewujudkan kerjasama yang jitu antara SPRM dan warga pendidik yang dilihat sebagai ejen penyampai mesej antirasuah paling berpengaru­h.

Program ini juga berperanan melatih siswazah pendidik untuk mendekati masyarakat serta mendidik mereka supaya berkolabor­atif dengan SPRM dalam menentang jenayah rasuah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN: Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Veteran RTM (PVRTM) di Angkasapur­i dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SAMBUTAN: Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Veteran RTM (PVRTM) di Angkasapur­i dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia