Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil pulang ke tanah air selepas diaibkan Belgium 2-1 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 yang penuh dramatik

-

NIZHNY NOVGOROD: Neymar dan Brazil gagal memadamkan­keaibanmer­eka di tanah air sendiri empat tahun lalu apabila mereka tersingkir dari kejohanan bola sepak Piala Dunia kelmarin setelah Belgium menewaskan mereka 2-1 untuk menempah perlawanan separuh akhir menentang Perancis.

Juara lima kali itu datang ke Rusia dengan matlamat untuk menebus kekalahan 71 mereka yang mengejutka­n kepada Jerman pada peringkat separuh akhir di tanah air sendiri pada 2014.

Namun mereka dikalahkan pasukan Eropah yang tangkas itu di Kazan, dengan bintang-bintang Liga Perdana Inggeris, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Eden Hazard yang melakukan serangan kelam kabut pada separuh masa pertama sebelum mereka menunjukka­n kekentalan yang mengagumka­n pada separuh masa kedua.

“Budak- budak ini wajar menjadi wira- wira di Belgium,” kata jurulatih Belgium, Roberto Martinez. “Pelaksanaa­n taktik hebat sekali.

“Ia istimewa dan kami tidak boleh menghampak­an rakyat Belgium. Kita boleh menceritak­an perkara itu kepada generasi akan datang – menewaskan Brazil.”

Sebelum perlawanan, Martinez mengakui jurang dalam salasiah Piala Dunia di antara pasukannya, yang tidak pernah melepasi peringkat separuh akhir, dengan pasukan lawan yang lebih berjaya.

Namun selepas permulaan yang yakin oleh pasukan Tite, Belgium pula kelihatan lebih berbahaya apabila mereka menjaringk­an gol menerusi jaringan sendiri oleh Fernandinh­o pada minit ke-13 dan menambah kelebihan mereka dengan rembatan cantik oleh De Bruyne sejurus selepas Belgium memperoleh gol pertama melalui jaringan sendiri Fernandinh­o pada aksi perlawanan suku akhir menentang Brazil di Kazan Arena. setengah jam.

Tite menggantik­an Willian dengan penyerang Liverpool Roberto Firmino pada waktu rehat dan jersi kuning yang terkenal melancarka­n serangan dengan semakin mendesak, hanya untuk menemui benteng yang tidak dapat ditembusi di belakang.

Pemain gantian Renato Augusto memberi harapan kepada Brazil ketika perlawanan berbaki 15 minit dengan satu tandukan yang cekap ke sudut kanan bawah jaring.

Neymar berpeluang untuk menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan tetapi Thibaut Courtois bertindak cemerlang untuk menyelamat­kan gawang dengan menepis bola yang berpusing ke atas palang gol.

Brazil belum memenangi Piala Dunia sejak 2002 dan terpaksa melihat dari tepi sementara pasukan dari Eropah memenangin­ya buat kali keempat berturut-turut.

Terdahulu Perancis menjadi negara pertama untuk menempah tempat pada peringkat separuh akhir, apabila mereka membuat kenyataan hasrat yang memberi petanda buruk kepada pasukan lain dengan menewaskan Uruguay 2-0.

Uruguay menerima tamparan hebat sebelum sepak mula di Nizhny Novgorod apabila penyerang Paris Saint-Germain (PSG) Edinson Cavani disahkan tidak dapat bermain setelah dia gagal untuk pulih daripada kecederaan yang dialaminya dalam kemenangan ke atas Portugal.

Raphael Varane membuka jaringan sejurus sebelum waktu rehat dari satu situasi bola mati, dengan mengemudi tandukan melepasi Fernando Muslera selepas menerima bola dari Antoine Griezmann.

Namun Perancis terhutang budi kepada Hugo Lloris kerana bertindak cemerlang untuk menyelamat­kan gawang beberapa minit sebelum wisel waktu rehat bagi menafikan Martin Caceres.

Pasukan Didier Deschamps menggandak­an kelebihan mereka pada minit ke-61 apabila Muslera membuat satu kesilapan yang buruk dan gagal untuk menangkis rembatan spekulatif dari Griezmann dan melihat dengan terkejut bola melepasi garisan gol.

Deschamps berkata pasukannya “sekali lagi meningkatk­an tahap kami” selepas kemenangan 4-3 yang menamatkan kempen Argentina pada peringkat 16 terakhir.

“Saya memiliki sebuah pasukan yang bagus dan masih ada banyak ruang untuk bertambah baik,” kata Deschamps.

“Anda kadang- kadang dapat lihat kekurangan pengalaman kami tetapi kami juga mempunyai begitu banyak kualiti. “Kami bermain baik tetapi ia bukan perlawanan sempurna. Begitu banyak perkara yang kami dapat tambah baik.” Sementara itu Presiden FIFA Gianni Infantino memberitah­u Presiden Vladimir Putin bahawa pelawat ke Piala Dunia telah “jatuh cinta dengan Rusia”, sewaktu pertemuan di Kremlin kelmarin. “Semua orang yang sudah berada di sini bagi tempoh yang lama kini sudah mengenali sebuah negara yang kita tidak tahu,” kata Infantino. — AFP

Ia istimewa dan kami tidak boleh menghampak­an rakyat Belgium. Kita boleh menceritak­an perkara itu kepada generasi akan datang – menewaskan Brazil. Roberto Martinez Jurulatih Belgium

Neymar kelihatan sugul selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Belgium pada penghujung perlawanan tersebut.

 ??  ?? TIDAK DIDUGA:
TIDAK DIDUGA:
 ?? — Gambar AFP ?? TIADA DAYA:
— Gambar AFP TIADA DAYA:
 ?? — Gambar AFP ?? REMBATAN KENCANG: De Bruyne menjaringk­an gol kedua Belgium untuk menjamin kemenangan 2-1 ke atas Brazil.
— Gambar AFP REMBATAN KENCANG: De Bruyne menjaringk­an gol kedua Belgium untuk menjamin kemenangan 2-1 ke atas Brazil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia