Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Perancis kekal penjara seumur hidup dua bekas datuk bandar Rwanda

-

PARIS: Kelmarin sebuah mahkamah Perancis mempertaha­nkan hukuman seumur hidup terhadap dua bekas datuk bandar Rwanda sebagai terlibat dalam pembunuhan beramai- ramai terhadap ratusan penduduk etnik Tutsi semasa genosid pada tahun 1994 di negara ini.

Octavien Ngenzi, 60, dan Tito Barahira, 67, telah memfailkan satu rayuan selepas mereka didapati bersalah pada 2016 bagi jenayah terhadap kemanusiaa­n, genosid dan hukuman mati ringkas di kampung mereka Kabarondo.

Ahli keluarga bagi kedua- dua mereka menangis dalam keadaan senyap ketika keputusan telah dibacakan di mahkamah, sementara Ngenzi dan Barahira mendengarn­ya dalam keadaan diam.

Mereka akan mempunyai masa selama lima hari bagi memutuskan sama ada mereka akan merayu bagi keputusan itu sekali lagi di sebuah mahkamah yang lebih tinggi.

“Keputusan ini adalah tepat dan memberikan satu mesej: tidak kepada bebas dari hukuman terhadap semua mereka yang terlibat dalam genosid dan sesiapa yang memikirkan mereka dapat berlindung di Perancis,” menurut Alain Gauthier, ketua bagi sebuah kumpulan yang telah mendesak bagi siasatan oleh pihak Perancis mengenai genosid.

Kira-kira 2,000 orang telah mendapatka­n perlindung­an di sebuah gereja telah ditetak sehingga mati di Kabarondo sepanjang serangan selama tujuh jam, di antara kira-kira 800,000 orang yang terkorban semasa genosid oleh pihak ekstremis Hutu.

Hukuman Ngenzi dan Barahira merupakan hukuman genosid yang paling berat pernah dijatuhkan oleh sebuah mahkamah Perancis, selepas bekas kapten tentera Rwanda Pascal Simbikangw­a menerima hukuman selama 25 tahun dalam kurungan berasingan pada 2014.

Semua ketiga-tiga mereka telah ditangkap di Perancis dan dihakimi di bawah kehakiman sejagat yang membenarka­n negara- negara untuk memutuskan bagi jenayah serius tanpa mengira kerakyatan suspek atau di mana salah laku itu dilakukan.

Ngenzi dan Barahira telah menafikan tuduhan bahawa mereka bertindak sebagai “penyelia” dan “pelaksana hukuman mati” dalam pembunuhan beramai- ramai itu.

Ngenzi telah berada dalam tahanan sejak 2010 ketika dia ditangkap di bahagian luar negara Perancis, Mayotte di luar pantai timur Afrika, di mana dia telah tinggal dengan menggunaka­n nama palsu.

Barahira telah ditangkap pada 2013 di barat daya Per- ancis di bandar Toulouse di mana dia telah menetap.

Genosid telah menjadi satu sumber bagi ketegangan di antara Perancis dan Rwanda selama beberapa dekad.

Rwanda telah lama menuduh Perancis bagi persubahat­an dalam pembunuhan beramai- ramai sepanjang sokonganny­a terhadap pasukan etnik Hutu yang melakukan kebanyakan pembunuhan.

Perancis telah mengakui ia melakukan kesilapan namun menegaskan ia tidak pernah mempunyai satu peranan dalam pembunuhan beramai-ramai. Ia sebelum ini turut dituduh sebagai terlibat dalam kes pendakwaan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEMARAU: Gambar menunjukka­n pemandanga­n bangunan pencakar langit Montreal City di Kanada.
— Gambar Reuters KEMARAU: Gambar menunjukka­n pemandanga­n bangunan pencakar langit Montreal City di Kanada.
 ?? — Gambar AFP ?? REDA: Gambar lukisan pada tarikh 10 Mei 2016 ini menunjukka­n keadaan di dalam bilik mahkamah semasa sesi perbicaraa­n terhadap Barahira (kiri) dan Ngenzi (kanan).
— Gambar AFP REDA: Gambar lukisan pada tarikh 10 Mei 2016 ini menunjukka­n keadaan di dalam bilik mahkamah semasa sesi perbicaraa­n terhadap Barahira (kiri) dan Ngenzi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia