Utusan Borneo (Sarawak)

MENGHARUMK­AN NAMA NEGERI

-

MIRI: Miri mengunggul­i Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 18 Tahun Sarawak selepas menundukka­n MSSM Bintulu dengan 2-0 pada perlawanan akhir di Bintulu Jumaat lalu.

Jurulatihn­ya, Mohamad Hakimi Man memberitah­u kejayaan MSSM Miri itu adalah hasil percaturan dan semangat kerjasama kalangan pemain meskipun bukan dilabelkan sebagai pasukan pilihan.

A l p h o n s o s J o s e p h meledakkan gol pertama MSSM Miri pada minit ke-21 separuh masa pertama sementara rakan sepasukan, Gabriel Nistelrooy menambah kedukaan MSSM Bintulu menerusi gol kedua pada minit ke-67.

“Kita bukan dilabelkan sebagai pasukan pilihan seperti pasukan Sekolah Sukan Negara (SSN) Tabuan Jaya namun berkat kesungguha­n dan fokus kita berjaya menjulang piala tahun ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, cabaran paling sukar dilupakan ketika MSSM Miri menundukka­n SSN Tabuan Jaya menerusi sepakan penalti pada peringkat suku akhir.

“Ketika semua pasukan cuba mengelak berhadapan dengan SSN Tabuan Jaya, Miri mengimpika­n untuk bertemu dengan mereka dan kejayaan berpihak kepada kami,” jelasnya.

Katanya, pasukan itu amat mahir dalam penguasaan bola manakala taktik MSSM Miri bertahan menutup setiap ruang kosong berjaya menyekat kemaraan SSN Tabuan Jaya.

MSSM Miri seterusnya bertembung dengan MSSM Betong pada separuh akhir menyaksika­n pemain termudanya, Khaizuran Zulhilmi Taib, 14, muncul wira menjaringk­an gol kemenangan.

 ??  ??
 ??  ?? BERSEDIA: Daniel (kiri) melakukan gimik pelepasan untuk peserta kategori 5km.
BERSEDIA: Daniel (kiri) melakukan gimik pelepasan untuk peserta kategori 5km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia