Utusan Borneo (Sarawak)

Projek infrastruk­tur keutamaan KKR

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Menteri Kerja Raya Baru Bian meletakkan keutamaan untuk menyelesai­kan projek infrastruk­tur seperti menaik taraf dan membina semula sekolah daif, hospital dan jalan raya di Sarawak.

Beliau yang baharu lima hari menggalas tugas baharu itu berkata projek- projek tersebut sangat penting dan amat diperlukan di Sarawak, lebih-lebih lagi ia memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

“Inilah perkara- perkara yang diberi keutamaan dalam kementeria­n saya kerana saya berasal dari Sarawak dan faham mengenai isu sebegini.

“Saya berharap rakyat Sarawak bersabar dan saya akan cuba menyelesai­kan isuisu ini khususnya membabit- kan projek sekolah, hospital dan jalan raya yang kritikal,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, Baru berkata kementeria­nnya juga akan terus menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) ke atas 50 projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif di Sarawak yang dikendalik­annya.

Menurutnya, ia memandangk­an rekod pelaksanaa­n sistem tersebut adalah baik dan telah berjaya diguna pakai terhadap sekolah-sekolah daif di Semenanjun­g Malaysia.

Namun demikian, beliau berkata buat masa ini pelaksanaa­n sistem tersebut agak sukar dilaksanak­an terutama membabitka­n sekolah- sekolah di luar bandar dan pedalaman.

Jelasnya, masalah yang dihadapi adalah membabitka­n bekalan bahan binaan yang tidak mencukupi dan logistik, disebabkan akses jalan raya yang tidak baik sekali gus mengakibat­kan peningkata­n kos.

“Inilah cabaran yang kita hadapi dan oleh sebab itu, saya meletakkan keutamaan untuk menyediaka­n jalan raya yang bagus bagi menghubung­kan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman amnya,” katanya.

Pada masa sama, Baru berkata kementeria­nnya juga bersedia mengambil alih 66 projek menaik taraf dan membina sekolah daif di negeri ini yang dikendalik­an Kementeria­n Pendidikan.

“Jika mereka (Kementeria­n Pendidikan) mahu memberikan kepada JKR, kami bersedia menerimany­a,” katanya sambil menjelaska­n bahawa projek IBS itu membabitka­n 116 sekolah dengan 50 sekolah dikendalik­an JKR manakala baki 66 sekolah lagi di bawah Kementeria­n Pendidikan.

Inilah perkara-perkara yang diberi keutamaan dalam kementeria­n saya kerana saya berasal dari Sarawak dan faham mengenai isu sebegini. Baru Bian Menteri Kerja Raya

 ??  ??
 ??  ?? KOMITED: Baru pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin.
KOMITED: Baru pada sidang media di Kuching, semalam. Turut kelihatan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia