Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Miri percaya selesai 12 kes pecah rumah

Suspek disyaki aktif lakukan aktiviti pecah rumah, curi sekitar daerah Miri berjaya ditangkap

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Polis Miri percaya berjaya menyelesai­kan sekurang- kurangnya 12 kes pecah rumah dan curi setakat ini berikutan tangkapan terhadap seorang suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri DSP Aldrin Junaidi Kutoi berkata suspek disyaki aktif melakukan aktiviti pecah rumah dan curi sekitar daerah Miri membawa kepada penemuan dan rampasan pelbagai barang curi.

“Sehubungan itu, bagi membantu melengkapk­an siasatan kes tersebut, polis memohon orang ramai yang pernah menjadi mangsa kejadian kes pecah rumah sama ada membuat laporan polis atau tidak, tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di Balai Polis Pusat Miri, Jalan Raja bersebelah­an Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Miri untuk membuat pengecaman barangan milik masing- masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini petang semalam.

Sehubungan itu, bagi membantu melengkapk­an siasatan kes tersebut, polis memohon orang ramai yang pernah menjadi mangsa kejadian kes pecah rumah sama ada membuat laporan polis atau tidak, tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di Balai Polis Pusat Miri, Jalan Raja bersebelah­an Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Miri untuk membuat pengecaman barangan milik masing-masing. DSP Aldrin Junaidi Kutoi Pemangku Ketua Polis Daerah Miri

Aldrin berkata, orang awam tampil membantu siasatan boleh membuat pengecaman barang rampasan tersebut bermula 9 Julai ( hari ini) hingga 23 Julai.

“Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Inspektor Nasrul Hadi Jahat di talian 013-5669383 atau Koperal Romeo Lukas di talian 019-8632360.

“Polis Miri ingin merayu kepada semua warga Miri supaya terus bekerjasam­a dengan polis dalam usaha mencegah dan membantera­s jenayah,” katanya.

Dalam kenyataan media tersebut, polis turut menyediaka­n senarai 54 barangan berjaya dirampas daripada suspek dan memerlukan pengecaman orang awam yang pernah menjadi mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia