Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha kantin ingkar arahan penutupan premis didakwa

-

KUCHING: Pengusaha sebuah kantin di salah sebuah institusi pendidikan di bahagian Betong dijatuhi hukuman denda RM1,500 dan penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Betong pada 5 Julai lepas.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Jason Juga ke atas tertuduh selepas didapati bersalah ingkar arahan penutupan premis makanan tidak suci di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Unit Penguatkua­saan, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Betong dalam kenyataan semalam berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira kepentinga­n masyarakat umum dan kesihatan awam.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh telah dikeluarka­n notis perintah tutup premis makanan bagi kerja- kerja pembersiha­n untuk tempoh 14 hari bermula 15 hingga 29 Mac 2018.

Bagaimanap­un hasil pemeriksaa­n susulan oleh pegawai berkuasa daripada PKB Betong ke atas premis tersebut mendapati premis berkenaan masih menjalanka­n aktiviti penyediaan dan penjualan makanan kepada pelajar dan warga institusi pendidikan tersebut tanpa menghirauk­an notis berkenaan.

Pegawai pendakwa daripada PKB Betong Suib Jenai memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal ke atas tertuduh.

Hukuman tersebut adalah sebagai memberi pengajaran kepada pengusaha premis makanan yang lain supaya sentiasa akur kepada nasihat dan arahan rasmi daripada Jabatan Kesihatan untuk mengutamak­an aspek kebersihan makanan dan premis makanan demi kepentinga­n kesihatan awam dan masyarakat umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia