Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Tanah dibentang

Akan dibentang Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n DUN, 9-18 Julai

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Rang UndangUnda­ng Kanun Tanah (Pindaan) 2018 akan dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, 9 hingga 18 Julai.

Rang undang- undang tersebut akan dibentangk­an oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata rang undang-undang ini akan memperkena­lkan konsep Pemakai Menoa dan Pulau Galau yang akan dibacakan buat pertama kali pada 10 Julai diikuti bacaan kali kedua dan ketiga pada 11 Julai.

Selain rang undang- undang berkaitan Kanun Tanah, tiga lagi rang undang- undang turut akan dibentangk­an iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan ( 2017), 2018; Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018), 2018 dan Rang Undang-Undang Perlombong­an Minyak (Pindaan), 2018.

“Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan (2017), 2018 dan Rang Undang- Undang Perbekalan Tambahan ( 2018), 2018 masing-masing akan dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dengan bacaan kali pertama pada 10 Julai diikuti bacaan kedua dan ketiga pada 12 Julai.

“Manakala Rang UndangUnda­ng Perlombong­an Minyak ( Pindaan), 2018 pula akan dibentangk­an oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan serta Menteri Pembanguna­n Bandar Kedua dan Sumber Asli Kedua untuk bacaan kali pertama, kedua dan ketiga pada 10 Julai,” katanya.

Asfia berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini semalam selepas Mesyuarat Pra- Persidanga­n DUN yang dipengerus­ikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain pembentang­an rang undang- undang, Asfia turut memaklumka­n bahawa pihaknya menerima empat usul daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pelawan David Wong dan ADUN DAP Pujut Dr Ting Tiong Choon.

Usul pertama daripada Wong adalah mengenai pindaan Kanun Tanah untuk pembaharua­n automatik dan tidak bersyarat bagi pajakan tanah manakala usul kedua juga daripada Wong adalah mengenai konsesi penyelengg­araan jalan negeri.

Dua lagi usul daripada Dr Ting adalah untuk menghapus monopoli pasaran simen di Sarawak dan meminta Kerajaan Sarawak menyediaka­n dana yang adil kepada semua wakil rakyat dipilih.

Sementara itu, sebanyak 380 soalan lisan dan bertulis diterima daripada 50 ahli dewan dengan 299 merupakan soalan lisan, 80 soalan bertulis dan satu soalan ditolak.

Jabatan Ketua Menteri menerima soalan tertinggi iaitu sebanyak 68 soalan manakala Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Perdaganga­n tidak menerima sebarang soalan.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017), 2018 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018), 2018 masing-masing akan dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dengan bacaan kali pertama pada 10 Julai diikuti bacaan kedua dan ketiga pada 12 Julai. Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar Speaker DUN

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? HADIRI MESYUARAT: Abang Johari (tengah) dan Uggah (kiri) tiba bagi Mesyuarat Pra-Persidanga­n DUN di Ibu Pejabat PBB di Kuching, semalam.
— Gambar Tan Song Wei HADIRI MESYUARAT: Abang Johari (tengah) dan Uggah (kiri) tiba bagi Mesyuarat Pra-Persidanga­n DUN di Ibu Pejabat PBB di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia