Utusan Borneo (Sarawak)

MoU UPP dan SUPP tamat susulan keputusan kerajaan keluar BN

-

KUCHING: Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tamat secara automatik susulan keputusan Kerajaan Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara ini dinyatakan Pesiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh ketika ditemui pemberita semalam selepas Mesyuarat Pra-Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ibu Pejabat PBB di sini.

Jelas Wong, MoU tersebut telah ditandatan­gani antara kedua- dua parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) bagi menyelasai­kan kebuntuan antara parti serta membolehka­n calon UPP bertanding atas tiket SUPP.

MoU tersebut katanya, telah ditandatan­gani pada 23 Mac lepas disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diikuti pertukaran dokumen antara beliau dan Timbalanny­a Datuk Dr Jerip Susil dengan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting.

“Memandangk­an BN su- dah tidak ada lagi, maka secara automatik MoU tersebut telah tamat,” kata Wong.

Beliau bagaimanap­un tidak menjelaska­n lebih lanjut bagaimana MoU tersebut akan memberi kesan kepada kedua-dua parti di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam perkembang­an berkaitan, UPP menurut Wong akan mengkaji ke- mungkinan untuk parti itu mempunyai nama dan imej baharu dalam masa enam bulan yang akan datang ini.

“Kami tidak mahu rakyat beranggapa­n bahawa UPP adalah parti berasaskan Cina,” kata Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n.

Wong berharap proses penjenamaa­n semula parti ini akan membuang tanggapan rakyat terhadap parti sebagai parti berasaskan Cina.

Mereka yang dipertangg­ungjawabka­n dalam hal ini bagaimanap­un belum memutuskan sama ada akan menukar nama atau menjenamak­an semula parti menjadikan­nya lebih pelbagai kaum.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia