Utusan Borneo (Sarawak)

Pertubuhan Dayak harus mampu berkhidmat kepada setiap suku kaum Dayak

-

KUCHING: Pertubuhan dan persatuanD­ayakharusb­erfungsi sepenuhnya bukan sahaja berperanan menyatukan komuniti itu tetapi juga mampu memberi khidmat terbaik kepada setiap suku kaum Dayak di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi selaku Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) yang memberitah­u, sudah menjadi tanggungja­wab bagi pertubuhan mahupun persatuan Dayak untuk memainkan peranan secara menyeluruh melibatkan setiap komuniti Dayak.

“Apa yang perlu dilakukan adalah bersua muka dengan setiap komuniti Dayak dan berikanlah khidmat kepada mereka kerana pertubuhan dan persatuan yang diwujudkan ini adalah untuk semua suku kaum Dayak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) Sarakup Induk Dayak Sarawak (SIDS) di Hotel Imperial di sini semalam.

Pada masa sama Nanta berharap ahli pertubuhan dan persatuan Dayak dapat mengamalka­n amalan bertoleran­si dalam kalangan kepelbagai­an suku kaum komuniti tersebut di negeri ini.

“Jika kita fikir terdapat kekurangan dari segi penyertaan daripada komuniti Dayak dalam aktiviti yang dianjurkan, kita harus mencari jalan penyelesai­an bagaimana hendak memastikan mereka terlibat bersama-sama dengan kita,” tambahnya.

Sehubungan itu katanya, ahli pertubuhan dan persatuan Dayak harus bijak dalam memberi keyakinan kepada komuniti berkenaan untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Selain itu, beliau berkata seperti Pengerusi SIDS Tan Sri Empiang Jabu yang boleh dijadikan model untuk semua wanita Dayak yang telah banyak memainkan peranan untuk komuniti tersebut.

“Beliau (Empiang) sememangny­a seorang pemimpin yang hebat yang boleh menaikkan SIDS ke tahap yang lebih tinggi dan untuk itu wanita Dayak harus mempelajar­i kepimpinan daripada beliau dalam memartabat­kan setiap wanita daripada pelbagai suku kaum Dayak di sini,” jelasnya.

Terdahulu, Empiang dalam ucapannya berkata, beliau tidak akan mempertaha­nkan jawatan pengerusi SIDS dan berharap pertubuhan itu akan terus menjadi organisasi yang merupakan sayap di bawah SDNU dalam memperjuan­gkan hak wanita Dayak di negeri ini.

“Saya berharap SIDS akan mengambil inisiatif merekrut lebih ramai ahli dari semasa ke semasa demi masa depan pertubuhan ini.

“Kita juga harus aktif menjalanka­n aktiviti kita selain memastikan setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa relevan dengan kehendak masyarakat Dayak,” katanya sambil menambah, SIDS kini mempunyai 26 cawangan dengan keahlian 14,000 orang di seluruh negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia