Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi kukuhkan imej Miri sebagai bandar raya sekali gus tingkatkan mutu perkhidmat­an kepada rakyat

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kerajaan Sarawak menyumbang dana pembinaan bangunan Majlis Bandaraya Miri ( MBM) bagi mengukuhka­n imej Miri sebagai bandar raya sekali gus meningkatk­an mutu perkhidmat­an kepada rakyat.

Berita baik itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Sambutan Hari Bandar Raya Miri Ke-13 di sini malam kelmarin.

Abang Johari berharap projek pembinaan mercu tanda baharu itu dapat direalisas­ikan dalam tempoh dua tahun.

“Bagi meraikan 13 tahun sebagai bandar raya, saya berharap penduduk di sini memiliki bangunan majlis bandar raya apabila meraikan sambutan ke-15 nanti.

“Malam ini kita beri dana membina bangunan majlis bandar raya. Inilah sumbangan saya kepada Miri,” katanya.

Abang Johari berkata, bangunan itu mewakili dan menggambar­kan Miri sebagai sebuah bandar raya dengan tawaran perkhidmat­an terbaik.

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga menyumbang dana membina mercu tanda nama MIRI di atas Bukit Kanada.

Tanda nama itu akan diletak di situ memandangk­an keseluruha­n bandar raya Miri kelihatan dari atas bukit.

“Anda pasti memerlukan dana untuk infrastruk­tur. Kita juga akan bantu sediakan, khasnya untuk pelanconga­n,” tambahnya.

Abang Johari berterima kasih kepada sumbangan besar bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mentransfo­rmasikan Miri daripada sebuah pekan kecil kepada sebuah bandar raya peranginan.

Pembanguna­n Miri Central Park di Marina Bay antara kemajuan yang harus dibanggaka­n penduduk Miri.

Pemikiran kreatif mengubah muara Sungai Miri sebagai taman marina dan komersil memberi wajah baharu kepada kawasan tersebut.

“Kawasan ini cantik pada waktu malam dan siang dipenuhi kehijauan. Jika dibandingk­an dengan Marina di Singapura, saya rasa Marina di sini lebih baik kerana ada kehijauan,” jelasnya.

Beliau berkata, pembanguna­n Miri dirancang dengan baik untuk menjadikan­nya mesra alam dan mesra pelancong.

Miri memiliki taman rizab semula jadi dalam pusat bandar raya untuk menyokong usaha pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar.

Kedudukan Miri di tengah antara pantai dan dataran tanah tinggi tarikan semula jadi menarik pelancong luar negara mengunjung­i Gua Niah, Gua Mulu, kawasan dataran tanah tinggi dan hutan hujan di sini.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu pakej pelanconga­n Miri diperhebat­kan secara digital serta mempraktik­kan sistem pembayaran digital menerusi Sarawak Pay kepada pelancong.

“Untuk menjadikan Miri bandar raya ‘liveable’ kita harus menitikber­atkan aspek kebersihan dan kreatif mempromosi­kan Miri secara digital. Dengan pendekatan IT pasti Miri menjadi tarikan pelancong,” jelasnya.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari meletakkan tapak tangan pada tab sebagai simbolik perasmian Ulang Tahun Ke-13 Bandar Raya Miri pada malam kelmarin.
RASMI: Abang Johari meletakkan tapak tangan pada tab sebagai simbolik perasmian Ulang Tahun Ke-13 Bandar Raya Miri pada malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia