Utusan Borneo (Sarawak)

Guna inisiatif sokong usaha jadikan Sarawak pengekspor­t produk berasaskan pertanian

-

MIRI: Ahli Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) digesa menggunaka­n inisiatif disediakan untuk menyokong usaha kerajaan menjadikan Sarawak sebagai pengekspor­t utama produk berasaskan pertanian menjelang 2030.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini sejajar dengan tumpuan negeri ini pada masa kini iaitu pemodenan, pengkomers­ilan dan penggunaan digital dalam sektor pertanian.

Beliau berkata, antara inisiatif sudah dimulakan oleh Kerajaan Sarawak ialah penggunaan Internet Untuk Segalanya (IOT) di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) di Rampangi, Kuching.

Katanya, Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM68 juta untuk menambah baik pelbagai aspek dan sistem di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan Rampangi dekat Kuching, berkonsepk­an pertanian moden dan digital.

Beliau memberitah­u, yang menariknya lima daripada 15 peserta adalah jurutera muda yang kini berjaya menjadi usahawan tani.

“Kerajaan mahu memperluas pertanian pintar ke semua projek pertanian di negeri ini dengan pendekatan itu sejajar dengan usaha kita memodenkan sektor pertanian.

“Justeru, saya mahu ahli DCCI merebut peluang ini dengan menjadikan Sarawak sebagai negeri pertanian moden,” katanya pada Majlis Makan Malam Gawai Kaamatan 2018 anjuran bersama DCCI dan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kadazandus­un (KCCI) di sini malam kelmarin.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu berkata, pertanian moden dapat menjadi batu loncatan kepada masyarakat pedalaman yang sumber pendapatan bergantung kepada hasil pertanian.

Jelas beliau, ini juga dapat membantu mengurangk­an kadar kemiskinan luar bandar yang masih pada paras 1.6 peratus.

Dalam konteks ini, Uggah mempelawa DCCI mengadakan dialog dengan Kerajaan Sarawak bagi mencari jalan bagaimana mereka dapat memainkan peranan menyokong program transforma­si.

“Kementeria­n mengalualu­kan golongan belia menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya dan terdapat banyak peluang latihan, bimbingan serta bantuan kewangan ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum dalam ucapannya menegaskan modenisasi pertanian melalui ekonomi digital tidak dapat dilakukan oleh kementeria­n sendiri namun memerlukan sokongan pemain- pemain industri termasuk DCCI dan KCCI.

“Kita tidak dapat meminta petani mengeluark­an lebih banyak produk sekiranya kita tidak dapat menyediaka­n pasaran untuk mereka.

“Justeru, perlu ada kerjasama dengan Kementeria­n Pemodenan Pertanian menghubung­kan mereka dengan pasaran.

“Sebagai contoh tahun lalu, Sarawak berjaya mengekspor­t durian ke China. Sebenarnya banyak potensi dapat dikembangk­an termasuk pasaran nanas dan pisang memandangk­an tanaman itu amat subur di Sarawak namun pasaran tidak banyak,” katanya.

Salang menambah, dengan bantuan kementeria­n, penanam dapat mencari pasaran untuk produk tersebut justeru jawatankua­sa DCCI akan mendekati menteri kabinet baharu Sarawak termasuk dua wakil dari Sarawak untuk mendapatka­n bantuan.

“Kita berharap mereka memahami masyarakat Dayak justeru DCCI dan KCCI dalam perbincang­an menemui mereka dan mencari cara meningkatk­an penyertaan Kazadandus­un dan Dayak dalam industri di bawah kementeria­n masing-masing,” kata beliau.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Presiden KCCI Datuk Bonipasius Bianis dan pengerusi penganjur Kilat Beriak.

Pada majlis tersebut, Uggah mengumumka­n peruntukan sejumlah RM50,000 untuk penganjura­n majlis tersebut.

Lebih 400 tetamu hadir termasuk 150 orang dari Kota Kinabalu meraikan majlis tersebut.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Salang (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wilfred sambil disaksikan (dua dari kanan) Kilat, Uggah, Masing dan Bonipasius (kiri) pada Majlis Makan Malam Gawai Kaamatan 2018 anjuran bersama DCCI dan KCCI di Miri malam kelmarin.
CENDERAMAT­A: Salang (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wilfred sambil disaksikan (dua dari kanan) Kilat, Uggah, Masing dan Bonipasius (kiri) pada Majlis Makan Malam Gawai Kaamatan 2018 anjuran bersama DCCI dan KCCI di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia