Utusan Borneo (Sarawak)

DCCI, KCCI perlu menilai semula hubungan dua hala terjalin

-

MIRI: Kedua-dua organisasi menaungi dewan perdaganga­n dan perindustr­in kaum Dayak di Sarawak dan Kadazandus­un di Sabah perlu menilai semula hubungan dua hala terjalin untuk membawa masyarakat peniaga dan usahawan kedua-dua negeri ke tahap lebih baik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdaganga­n dan Industri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata sudah tiba masanya kedua-dua organisasi tersebut, Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) di Sarawak dan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Kadazandus­un (KCCI) di Sabah menilai semula hubungan dan mengadakan perbincang­an mengenai hala tuju menaik taraf lebih kukuh dan mampu setanding dengan golongan usahawan bangsa-bangsa lain di negara ini.

“DCCI dan KCCI menjalin kerjasama baik antara masyarakat Dayak di Sarawak dengan Kadazandus­un di Sabah dan sudah tiba bagi kita membawa hubungan baik ini ke satu tahap jika kedua-dua Dewan ini mahu melangkah lebih jauh.

“Bukan lagi setakat berjumpa sekali tahun sahaja tetapi bertemulah untuk satu bilateral di antara kedua-dua pihak dengan mengadakan perbincang­an mengenai hala tuju dan perkara yang harus dilakukan seterusnya,” kata beliau pada Sambutan Gawai Keamatan anjuran bersama DCCI dan KCCI di sini malam kelmarin.

Madius turut mencadangk­an kepada kedua-dua majlis tertinggi tersebut menubuhkan satu jawatankua­sa bersama untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri kalangan masyarakat Dayak dan Kadazandus­un.

“Sudah tiba masa anda berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Saya amat yakin banyak manfaat diperolehi daripada beliau,” jelasnya.

Mengimbas sejarah penubuhan kedua-dua dewan itu, Madius berkata idea DCCI dan KCCI dicetuskan di Kuala Lumpur hasil seminar membabitka­n Sabah dan Sarawak yang dirasmikan oleh Dr Mahathir (ketika itu Perdana Menteri keempat).

Katanya, walaupun sepanjang penubuhann­ya keduadua dewan itu melakukan banyak perkara dan sumbangan khususnya golongan peniaga dan usahawan peribumi kedua-dua negeri namun masih banyak perlu dilakukan.

Terdahulu, Presiden KCCI Sabah Datuk Bonipasius Bianis dalam ucapannya turut mengingatk­an kedua- dua masyarakat Dayak dan Kadazandus­un agar berubah mengikut peredaran dan kehendak zaman sama ada mereka suka atau tidak.

Ini kerana, jika mereka tidak berubah dan mengikut rentak perkembang­an dunia digital khususnya ekonomi digital maka golongan peniaga dan usahawan dalam kalangan penduduk peribumi keduadua negeri itu akan ketinggala­n di belakang.

“Pasaran kita adalah lebih luas, jauh melangkaui apa yang dilakukan ketika ini kerana pasaran ekonomi digital amat besar tanpa sempadan sekali gus memerlukan kita menggunaka­n kaedah dan pengetahua­n digital untuk menguasain­ya,” jelas beliau.

Sementara itu, Majlis Makan Malam Gawai Kaamatan 2018 dianjurkan setiap tahun oleh kedua-dua Dewan itu secara bergilir ( di Sarawak dan Sabah) dan diadakan di Miri tahun ini serta dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tahun lalu, majlis sama diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum serta Timbalan Presiden merangkap pengerusi penganjur Kilat Beriak.

 ??  ?? TRADISI: Seni mempertaha­nkan diri kaum Iban ‘kuntau’, antara acara kebudayaan yang dipersemba­hkan kepada tetamu pada malam tersebut.
TRADISI: Seni mempertaha­nkan diri kaum Iban ‘kuntau’, antara acara kebudayaan yang dipersemba­hkan kepada tetamu pada malam tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia