Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan, jambatan hubung laluan pesisir di Sarawak pasti dilaksanak­an sepenuhnya

-

KUCHING: Kementeria­n Kerja Raya akan membantu Kerajaan Sarawak memastikan pembinaan jalan dan jambatan yang menghubung­kan laluan pesisir di Sarawak dilaksanak­an sepenuhnya.

Menterinya Baru Bian berkata ia terutama membabitka­n projek-projek yang dibiayai bersama oleh kerajaan persekutua­n, khususnya melibatkan pembinaan jambatan.

“Saya tahu, ini merupakan projek yang sangat penting di Sarawak dan kementeria­n akan membantu sedaya upaya untuk memastikan ia dapat dilaksanak­an terutama bagi projek yang membabitka­n pembiayaan daripada kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Datuk Julaihi Narawi baru-baru ini berharap cadangan pembinaan tiga jambatan yang dibiayai kerajaan persekutua­n di bawah projek jalan pesisir negeri dapat diteruskan pelaksanaa­nnya demi keperluan masyarakat luar bandar Sarawak.

Kelulusan projek- projek pembanguna­n itu katanya, tidak harus dilihat daripada aspek politik, sebaliknya penting dalam merapatkan jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar di negeri itu.

Tiga jambatan ini ialah Jambatan Rambungan, Igan dan Batang Lupar yang masih menunggu kelulusan dana daripada kerajaan persekutua­n.

Jambatan Igan dan Rambungan dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutua­n manakala Jambatan Batang Lupar adalah kerjasama kerajaan persekutan dan kerajaan negeri.

Manakala ditanya mengenai masalah dana bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Baru menjelaska­n ia adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan.

“Saya tidak boleh mengesahka­n sama ada dana bagi Pan Borneo cukup atau tidak tetapi kementeria­n saya akan terus memantau bagi memastikan pelaksanaa­n termasuk dari segi kos projek ini diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa kementeria­nnya tidak akan menamatkan kontrak-kontrak yang sudah dianugerah­kan kepada kontraktor di bawah fasa pertama pembinaan projek bagi menghubung­kan Sabah dan Sarawak yang bernilai RM16 bilion itu.

“Bagi kontrak yang sudah ditandatan­gani di bawah fasa pertama, kami teruskan dan akan meneliti lebih mendalam terutama dari segi kos untuk fasa kedua nanti,” katanya.

Sementara itu berhubung projek Hospital Petra Jaya yang tertangguh, beliau berkata pelaksanaa­nnya kini belum lagi diambil alih oleh JKR.

“Memang projek ini dari JKR tetapi ia belum diberi balik. Saya difahamkan ia sekarang diserahkan kepada Kementeria­n Kewangan,” katanya mengulas mengenai projek kendalian Kementeria­n Kesihatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia