Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk peribumi menunggu dengan sabar pindaan Kanun Tanah Sarawak

-

MIRI: Penduduk peribumi khasnya kaum Iban di negeri ini menunggu dengan sabar Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula hari ini bagi mendengar pindaan Kanun Tanah Sarawak yang dibentangk­an kali ini.

Setelah sekian lama menunggu pembentang­annya sejak tahun lalu, selepas kajian mendalam dilakukan, satu jawatankua­sa ditubuhkan khas bagi mengkaji secara terperinci mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini termasuk membabitka­n Pulau Galau dan Pemakai Menoa (PMPG), penduduk pastinya ingin tahu hasil dibentangk­an.

“Kita bersabar selama ini dengan harapan ia membawa berita gembira kepada masyarakat Dayak khususnya kaum Iban berhubung isu tanah NCR dan PMPG yang dibentangk­an di DUN nanti,” kata Pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) Miri Elias Lipi Mat.

“Bagaimanap­un, untuk menjamin hak ke atas tanah NCR, kita menggesa Kerajaan Sarawak menubuhkan Tribunal Bicara Kes Tanah NCR seperti dicadangka­n ketua hakim Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurut Elias, cadangan tersebut boleh dipertimba­ngkan sebagai salah satu langkah dapat membantu menyelesai­kan kemelut dan isu-isu tanah berlarutan di negeri ini agar diselesaik­an oleh mereka yang tahu dan pakar mengenainy­a.

Namun di sebalik kesabaran tersebut, penduduk tetap melahirkan rasa kecewa dan marah sehingga mencetuska­n demonstras­i aman seperti diadakan di Miri pada 6 Julai lalu.

“PemimpinDa­yakdiSaraw­ak jelas akan penyelesai­an undangunda­ng mudah tetapi dari segi politik tidak ‘berupaya’ mendesak Kerajaan Sarawak meminda Kanun Tanah Sarawak.

“Walaupun hakikatnya Kerajaan Sarawak sentiasa mendapat mandat besar pada pilihan raya sama ada negeri mahupun umum dengan dua pemimpin kaum Dayak memegang jawatan timbalan ketua menteri dalam Kerajaan Sarawak, namun dilihat ‘gagal’ membantu menyelesai­kan masalah-masalah berkaitan tanah NCR dan mengiktira­f PMPG,” katanya.

Menurut Elias, percubaan Rang Persendiri­an Pindaan Kanun Tanah Sarawak diusulkan oleh ADUN Ba’Kelalan Baru Bian pada Persidanga­n DUN November 2017 juga gagal mendapat sokongan.

Justeru, persidanga­n kali ini diharap membantu menyelesai­kan kemelut berbangkit daripada isu berkaitan tanah dan pindaan Kanun Tanah Sarawak sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang lama menunggu ‘kepastian’ dan jawapan berhubung tanah NCR dan PMPG.

 ??  ?? ELIAS
ELIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia