Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN PKR bantah rang undang-undang tidak selari dengan keputusan mahkamah

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membantah Rang Undang-Undang (Pindaan) Kanun Tanah 2018 yang bakal dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) jika draf itu tidak selari dengan keputusan mahkamah.

Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Ba’Kelalan, Baru Bian berkata ia kerana pihaknya mendapati bahawa draf itu adalah tidak konsisten dengan keputusan mahkamah terutama membabitka­n Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Saya tidak dapat memberitah­u kandungan mengenai draf itu sekarang namun saya berharap apabila dibentangk­an dalam DUN nanti, ia akan selari dengan keputusan mahkamah.

“Jika tidak, kami akan membantah,” katanya yang juga merupakan Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Selangau pada sidang media di sini, semalam.

Baru yang selama ini memperjuan­gkan hak ke atas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) atas kapasitiny­a sebagai peguam turut menyifatka­n bahawa draf oleh Kerajaan Sarawak itu amat jauh daripada apa yang mereka harapkan.

Justeru, katanya Kerajaan Sarawak sepatutnya menarik balik draf tersebut kerana ia juga telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami tunggu...jika mereka melakukann­ya, maka akan berlaku perdebatan yang panas mengenai pindaan yang dicadangka­n ini,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka membentang­kan rang undang-undang tersebut pada Selasa, sempena Persidanga­n DUN yang dijadual berlangsun­g dari 9 hingga 18 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia