Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n rumah persatuan Piasau Camp perlu ditingkatk­an

-

MIRI: Aspek keselamata­n sekitar rumah-rumah persatuan Piasau Camp harus diberi perhatian serius kerana terdedah jenayah pecah rumah dan kebakaran.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo mahu kerja pengawasan keselamata­n ditingkatk­an untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini melibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

“Sekarang tiada pihak menjaga kawasan ini pada waktu malam. Saya diberitahu ada kes kebakaran dan pecah rumah kerap berlaku di sini,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Miri di Piasau Camp di sini semalam.

Baru-baru ini, sebuah rumah kosong berhampira­n rumah PPKS terbakar dan membimbang­kan ahli yang meminta agar pemantauan keselamata­n dilakukan pada waktu malam.

Selain itu, jenayah pecah rumah kerap dilaporkan berlaku khususnya rumah tanpa penjaga dan tidak memiliki pagar.

“Kita mahu memelihara tempat ini untuk kegunaan NGO. Selain persatuan pesara, persatuan lain juga mahu keselamata­n tempat ini diting- katkan,” jelasnya.

Antara persatuan lain di Piasau Camp ialah Persatuan Orang Cacat Miri, PEMADAM, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Miri dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Teo berkata, isu keselamata­n Piasau Camp akan dikemukaka­n kepada pihak berkaitan untuk perbincang­an dan tindakan lanjut.

Dalam pada itu, majlis semalam adalah ketiga dianjurkan PPKS Miri setelah rumah dinaik taraf tiga tahun lalu.

Majlis itu memberi peluang kepada masyarakat mengenali secara lebih dekat peranan persatuan, mengetahui aktiviti dianjurkan dan menggalakk­an bekas pesara kerajaan menjadi ahli.

Selain dijamu hidangan, tetamu turut dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian lagulagu raya.

Hadir sama Penaung PPKS Miri Datuk Ahmad Lai Bujang dan Pengerusi PPKS Miri Dennin Fredericks.

 ??  ?? TETAMU: (Dari tiga kiri) Ahmad Lai, Dennin, Dr Teo bersama tetamu dan ahli jawatankua­sa PPKS Miri pada majlis tersebut.
TETAMU: (Dari tiga kiri) Ahmad Lai, Dennin, Dr Teo bersama tetamu dan ahli jawatankua­sa PPKS Miri pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia