Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Amal Bibir Sumbing, Lelangit pada 12-15 Julai

-

BINTULU: Hospital Columbia Asia Bintulu mengadakan Projek Amal Bibir Sumbing dan Lelangit Ke19 untuk kali keduanya pada 12 hingga 15 Julai ini di hospital tersebut.

Pengurus Besarnya Hazlim Sham Ibrahim berkata pesakit- pesakit mendaftar di bawah projek amal itu dinilai untuk kelayakan pembedahan pembetulan pada 12 Julai dan penyerahan replika cek beberapa penaja diadakan jam 1 petang.

“Sebanyak 356 pesakit bibir sumbing dan lelangit menjalani pembedahan pembetulan sejak 2004 hingga 2017,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Projek amal itu dibiayai Persatuan Bibir Sumbing dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) dan dianjurkan dengan kerjasama Hospital Columbia Asia Bintulu.

Katanya, Hospital Columbia Asia menyediaka­n tempat pembedahan dan kemudahan serta bantuan lain diperlukan pesakit dan penjaga mereka dalam tempoh pembedahan.

Setakat ini, seramai 17 pesakit mendaftar untuk penilaian pembedahan pembaikan kumpulan umur pesakit satu tahun hingga 18 tahun ke atas.

“Projek ini menyasarka­n bantuan kanak-kanak dari kawasan luar bandar dilahirkan dengan keadaan bibir dan lelangit sumbing dengan jumlah pendapatan keluarga kurang RM2,000 sebulan.

“Bagaimanap­un, mereka yang memenuhi kriteria sebahagian­nya boleh mendaftar dengan hospital penilaian dan mereka tidak memenuhi kriteria juga dialu-alukan menghubung­i kami untuk mendapat nasihat,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hazlim atau Eksekutif Pemasaran Hospital Columbia Asia Bintulu Anne Freda Sim di talian 086-251888.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia