Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan persatuan ketika berada di perantauan

Guna Persatuan Anak Jati Lawas untuk berinterak­si, berkomunik­asi, saling menjaga ketika ‘di rantau orang’

-

KUCHING: Penduduk Lawas yang menetap di sini digesa menggunaka­n Persatuan Anak Jati Lawas sebagai landasan untuk berinterak­si, berkomunik­asi serta menjaga antara satu sama lain ketika ‘di rantau orang’.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata mereka terpaksa menetap di sini atas tuntutan kerja, pendidikan serta mendapat penjagaan kesihatan.

“Ketika rakyat kita terus bertambah, kita perlu mengekalka­n semangat perpaduan antara satu sama lain.

“Mereka yang sudah lama menetap di Kuching boleh membantu yang baharu memulakan kehidupan di sini, menyesuaik­an diri dengan perbezaan gaya hidup di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis

Mereka yang sudah lama menetap di Kuching boleh membantu yang baharu memulakan kehidupan di sini, menyesuaik­an diri dengan perbezaan

sini. ” gaya hidup di Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Badudun Aidilfitri anjuran Persatuan Anak Jati Lawas di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan menggesa agar mereka berjaya dalam apa jua bidang diceburi agar menyumbang semula kepada masyarakat.

Beliau turut berharap pasangan dikurniaka­n lima anak, menetapkan sasaran, sekurang- kurangnya tiga daripada anak mereka be- lajar hingga ke peringkat universiti.

Tambahnya, jika mereka kurang cemerlang dalam akademik, anak-anak seha- rusnya dihantar mengikuti latihan kemahiran agar dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan pada masa akan datang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, berkata Kerajaan Sarawak memfokus kepada program- program pembanguna­n di Lawas yang memerlukan tenaga kerja berkemahir­an dan berteknolo­gi baharu termasuk industri minyak dan gas.

Katanya dengan kemajuan teknologi, Limbang dan Lawas akan mengeluark­an minyak pada masa akan datang kerana ia bukan sesuatu yang mustahil.

Justeru, katanya keutamaan akan diberikan untuk menyediaka­n kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, sistem telekomuni­kasi, pelabuhan serta lapangan terbang.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Anak Jati Lawas Salim Agas dan Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong.

 ??  ?? SIMBOLIK: Awang Tengah memotong kek ketika merasmikan Majlis Badudun Aidilfitri, Persatuan Anak Jati Lawas.
SIMBOLIK: Awang Tengah memotong kek ketika merasmikan Majlis Badudun Aidilfitri, Persatuan Anak Jati Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia