Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Dudong utara lima resolusi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong mengutarak­an lima resolusi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan di ibu pejabatnya di sini semalam.

Dalam resolusi pertama berdasarka­n undian ahli SUPP Dudong, 136 undi (84 peratus) mengundi meninggalk­an Barisan Nasional (BN), 26 undi (16 peratus) mengundi kekal bersama BN dan tiga undi rosak daripada 165 undi keseluruha­n.

Manakala keputusan resolusi kedua, 87 undi ( 52 peratus) setuju supaya SUPP menyertai Gabungan Parti Sarawak ( GPS), 75 undi ( 48 peratus) mahu SUPP menjadi parti bebas dan tiga undi rosak daripada 165 undi keseluruha­nnya.

Keputusan resolusi ketiga SUPP Dudong mencadangk­an SUPP hanya perlu menyertai GPS dengan syaratsyar­at SUPP, PBB, PRS dan PDP adalah empat parti komponen pengasas dan rakan kongsi setara dalam GPS.

Pengerusin­ya Wong Ching Yong berkata GPS harus melaksanak­an satu sistem undi satu parti dan setiap undi adalah sama rata, tiada kemasukan selanjutny­a mana-mana parti politik lain melainkan jika cadangan kemasukan atau permohonan tersebut dipersetuj­ui sebulat suara sebelum keputusan boleh dibuat.

“Isu-isu utama dan perkara melibatkan dasar-dasar kerajaan, langkah-langkah termasuk kedudukan penting dalam agensi-agensi kerajaan dan hal-hal mempengaru­hi kepentinga­n Sarawak dan empat parti komponen dipersetuj­ui sebulat suara.

“Tiada parti komponen dalam GPS harus bertanding lebih separuh daripada kerusi negeri dan parlimen pada mana- mana Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum, GPS mesti menerima calon-calon disyorkan setiap parti komponen untuk Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum, keputusan akhir mengenai pencalonan terletak pada komponen masing-masing, pentadbira­n sumber asli, perkara tanah dan pemberian projek kerajaan harus diuruskan dengan ketelusan dan adil seperti tender terbuka, pengambila­n dan komposisi penjawat awam mencermink­an ciri-ciri berbilang kaum di Sarawak dan harus berdasarka­n kepada meritokras­i,” katanya.

Jelasnya, resolusi keempat SUPP Dudong mencadangk­an pada 30 September 2018, semua jawatan seluruh Sarawak majlis-majlis tempatan, agensi kerajaan dan jawatan pemimpin masyarakat yang masih dipegang ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) mesti diganti individu-individu disyorkan oleh SUPP.

“Dalam resolusi kelima, SUPP Dudong mencadangk­an agar Perlembaga­an dan Peraturan SUPP dipinda supaya mewujudkan dua jawatan setiausaha agung (SG), satu jawatan kaum Cina dan satu jawatan kaum Dayak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia