Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak diberi mandat semua kaum, Melayu, Melanau juga berhak diberi hak seperti Dayak

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta tidak menyisihka­n Bumiputera Melayu dan Melanau dalam hak tuntutan tanah.

Perkara ini disuarakan Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Hamzah Brahim menerusi satu kenyataan akhbar di sini semalam.

“Di sini saya ingin merujuk mengenai pindaan Kanun Tanah Negeri yang akan dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula esok (hari ini) yang dijangka mampu menyelesai­kan masalah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau, seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya menyokong usaha ke arah itu namun pada masa sama saya menyaranka­n supaya selain hak kaum Dayak, memandangk­an kes Pulau Galau dan Pemakai Menoa ini bermula daripada tuntutan tanah atau hak kaum Dayak, hak kaum lain seperti Melayu dan Melanau turut diperjuang­kan dan kaum peribumi serta Bumiputera lain juga diberikan hak sewajarnya,” tegasnya.

Hamzah berkata Kerajaan Sarawak yang dipilih menerajui Sarawak diberikan mandat oleh semua kaum, termasuk Melayu dan Melanau.

Justeru katanya, kaum ini juga berhak diberi hak berkaitan seperti kaum Dayak.

“Kita perlu bertindak dari sekarang supaya keyakinan kaum Melayu dan Melanau terhadap pemimpin yang mereka angkat untuk menjaga kepentinga­n mereka tidak terhakis,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa sewajarnya kaum Melayu dan Melanau turut menuntut hak untuk kaum mereka seperti kaum Dayak.

“Kita tidak menyalahka­n kaum Dayak atas tuntutan yang dibuat kerana ia adalah hak mereka yang sewajarnya diperjuang­kan.

“Tetapi kenapa kita (Melayu dan Melanau) tidak melakukan tindakan sama? Kaum Melayu dan Melanau juga ada hak ke atas sungai dan muara laut,” jelasnya.

Malah, beliau berkata adalah wajar untuk kaum Melayu dan Melanau menuntut hasil dari laut, minyak dan sebagainya.

Menurutnya, banyak kampung Melayu yang sudah wujud sejak sekian lama terutama di kawasan pedalaman.

“Saya sehubungan itu menyeru dan mencabar para pemimpin Melayu dan Melanau serta kaum lain supaya bangun dari ‘tidur’.

“Bangkit dan bertindakl­ah sekarang juga bagi menjaga kepentinga­n serta hak yang mungkin akan hilang sehingga tiada apa yang akan diwarisi anak cucu kita pada masa akan datang.

“Jangan sampai kita dihambat dan kuasa yang kini di tangan kita ditarik balik oleh penyokong kita sendiri apabila mereka sudah hilang kepercayaa­n kepada kita,” ujarnya.

Saya menyokong usaha ke arah itu namun pada masa sama saya menyaranka­n supaya selain hak kaum Dayak, memandangk­an kes Pulau Galau dan Pemakai Menoa ini bermula daripada tuntutan tanah atau hak kaum Dayak, hak kaum lain seperti Melayu dan Melanau turut diperjuang­kan dan kaum peribumi serta Bumiputera lain juga diberikan hak sewajarnya. ” Hamzah Brahim Setiausaha Agung Pemuda PBB

 ??  ?? BANTU MASYARAKAT: Peserta bersama keluarga angkat masing-masing pada program tersebut.
BANTU MASYARAKAT: Peserta bersama keluarga angkat masing-masing pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia