Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP terkejut keputusan UPP tidak teruskan MoU

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) terkejut dengan keputusan Parti Rakyat Bersatu (UPP) untuk tidak meneruskan kerjasama yang dipersetuj­ui dalam Memorandum Persefaham­an (MoU) ditandatan­gani sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting mempersoal­kan tindakan pemimpin UPP dan menyifatka­n tindakan itu sebagai tidak menghormat­i perjanjian yang telah disaksikan sendiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kami amat terkejut mengetahui UPP tidak lagi menghormat­i apa yang telah kita ikrarkan dalam MoU.

“Tiada rasa hormat daripada semua pemimpin UPP untuk memaklumka­n kami tentang perkara ini lebih awal,” tegas Ting dalam kenyataan medianya petang semalam.

Keputusan hanya diketahui menerusi laporan akhbar Persidanga­n Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) UPP di Sibu semalam.

Di bawah MoU, kedua-dua pihak disyaratka­n untuk bekerjasam­a rapat bagi memastikan calon-calon daripada kedua-dua parti menang pada PRU14.

Ting yang juga ADUN Piasau berkata, MoU merupakan persetujua­n dan komitmen kedua-dua parti agar wujud- nya penyatuan parti politik dalam kalangan masyarakat Cina dan antara wakil-wakil rakyat Cina dalam Kerajaan Sarawak.

Antara objektif utama perjanjian itu adalah untuk membenarka­n kedua- dua parti bekerjasam­a dengan matlamat membenarka­n penyatuan UPP di bawah sepanduk SUPP.

Perjanjian juga lambang penyatuan politik antara rakyat Sarawak untuk mengukuhka­n kedudukan Sarawak dalam Persekutua­n Malaysia.

“SUPP telah mempelajar­i sesuatu daripada episod ini dan akan berhati- hati pada masa akan datang,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia