Utusan Borneo (Sarawak)

300 penduduk rumah panjang berhadapan beberapa masalah

-

KAPIT: Kira- kira 300 penduduk Rumah William Taba dan Rumah Nuang, Kapit berhadapan dengan beberapa masalah.

Menurut Setiausaha DAP Kapit Larry Asap, beberapa wakil rumah panjang telah berjumpa dengan beliau dan memintanya mengetenga­h dan menyuaraka­n beberapa isu yang sedang melanda kampung mereka.

“Menurut maklumat yang dinyatakan oleh mereka, setelah jambatan besi baharu disiapkan, projek baik pulih jalan raya di sekitar rumah panjang mereka akan dilaksanak­an.

“Tetapi setelah enam bulan berlalu, penduduk masih menunggu janji yang telah diberikan kepada mereka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Larry berkata, penduduk juga berharap agar kawasan rumah panjang mereka dibekalkan dengan pili bomba.

“Buat masa ini tiada satu pun pili bomba disediakan untuk penduduk rumah panjang tersebut.

“Batang paip kelihatan bergantung di atas sungai.

“Paip yang menyalurka­n bekalan air bersih ini seringk terputus lebih-lebih lagi pada musim hujan, kayu-kayuan yang hanyut akan menyebabka­n paip pecah atau terputus sama sekali,” tambahnya.

Selain itu katanya, struktur tanah yang berhampira­n dengan jambatan besi baharu pula menunjukka­n tanda- tanda hakisan tanah.

“Justeru, penduduk di sini menggesa pihak yang bertanggun­gjawab agar menyelengg­ara struktur tanah tersebut sebelum ia runtuh,” ujarnya.

 ??  ?? MASALAH KAMI: Penduduk kampung menunjukka­n antara permasalah­an yang dihadapi mereka.
MASALAH KAMI: Penduduk kampung menunjukka­n antara permasalah­an yang dihadapi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia