Utusan Borneo (Sarawak)

280 bakal haji tamatkan Kursus Perdana Haji Musim 2018

-

SIBU: Seramai 280 bakal jemaah haji dari Sibu, Mukah dan Sarikei menamatkan Kursus Perdana Haji Musim 2018 Peringkat Negeri Sarawak (Zon Tengah) anjuran Tabung Haji (TH) di Masjid An-Nur Sibu, semalam.

Berucap merasmikan majlis itu, Temanggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad berkata jemaah haji negara ini seharusnya berasa bertuah kerana lebih 50 peratus kos haji ditanggung oleh TH.

“Jemaah haji di negara ini harus berasa bertuah kerana menerima subsidi daripada Tabung Haji bagi mempermuda­h urusan mereka menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Berbeza dengan jemaah haji negara lain mereka tidak menerima subsidi sebanyak itu.

“Justeru, kita harus berasa bersyukur dan mengucapka­n terima kasih kepada Tabung Haji,” katanya.

Beliau hadir menyempur- nakan majlis itu mewakili Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.

Wan Hamid turut menasihati jemaah haji Zon Tengah Sarawak agar mengerjaka­n ibadah haji dengan penuh kesabaran dan mengikut segala arahan daripada TH di tahah suci.

“Kita harap jemaah mempersiap diri dengan ilmu mencukupi untuk beribadat dan jika terdapat perkara kurang difahami jangan malu bertanya kepada pakar rujuk haji di sana,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah TH Sarawak Mohamad Salim berkata pada musim haji tahun ini kos haji adalah RM22,450 dan TH menanggung subsidi sejumlah RM12,470 seorang bersamaan 56 peratus daripada kos haji agar bayaran haji kekal RM9,980.

Beliau berkata, tahun ini Kerajaan Arab Saudi melaksanak­an Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak lima peratus dan susulan itu TH perlu menanggung subsidi haji dan tambahan VAT dengan jumlah keseluruha­n dijangka sejumlah RM400 juta.

“Ini tidak termasuk perkhidmat­an kesihatan, ubat- ubatan, pembimbing ibadah dan petugas kebajikan serta urusan di tanah air dan kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh TH.

“Namun, TH terus berusaha membantu dan menjaga kebajikan jemaah haji negara ini,” katanya menerusi teks ucapan Pengurus Besar Bimbingan Haji TH Tengku Aziz Raja Abdullah.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Pegawai Tadbir Pejabat Residen Sibu Awang Mohd Nizam Awang Ali Bohan.

 ??  ?? KURSUS HAJI: (Empat dari kanan) Mohamad, Charles dan Wan Hamid bersama peserta kursus haji dari Zon Tengah Sarawak.
KURSUS HAJI: (Empat dari kanan) Mohamad, Charles dan Wan Hamid bersama peserta kursus haji dari Zon Tengah Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia