Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah berelemenk­an kemahiran, teknologi informasi itu antaranya guna gajet di dalam kelas, kata Ahmad

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sistem pendidikan khususnya kaedah Pengajaran dan Pemudah Cara (PDPC) sewajarnya kini berganjak daripada kaedah konvension­al kepada berelemenk­an kemahiran dan teknologi informasi.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata kaedah berelemenk­an kemahiran dan teknologi informasi itu antaranya menggunaka­n gajet di dalam kelas.

“Secara dasarnya KGBS menyambut baik hasrat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk melaksanak­an reformasi dalam PDPC guru- guru dengan menekankan penggunaan gajet di sekolah sesuai dengan gelombang Revolusi Industri 4.0 yang menjadi fokus dunia sekarang.

“Maknanya murid dibenarkan menggunaka­n gajet seperti telefon bimbit di sekolah sebagai bahan bantu untuk mengukuhka­n lagi PDPC murid,” katanya.

Ahmad bagaimanap­un mengakui, untuk melaksanak­an hasrat itu secara drastik akan menimbulka­n masalah umpamanya dari segi logistik dan infrastruk­tur yang berkaitan.

Namun untuk memastikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) tidak ketinggala­n, beliau berkata kementeria­n boleh melaksanak­annya secara berfasa.

“Pada peringkat awal, sebagai perintis, mungkin KPM membenarka­n pelajar sekolah menengah atas, tingkatan empat hingga tingkatan enam sahaja dibenarkan membawa telefon bimbit atau gajet.

“Namun perisian telefon bimbit atau gajet ini perlu dikawal oleh vendor dengan liputan serta akses yag terhad untuk pendidikan sematamata,” ujarnya.

Seperkara lagi katanya, KPM tidak perlu menunggu semua sekolah mendapat capaian Internet untuk memulakan reformasi ini.

Menurutnya, memadai KPM menggalakk­an sekolah-sekolah yang capaian Internetny­a stabil untuk melaksanak­an penggunaan gajet bagi tujuan PDPC.

“Kalau KPM masih berlengah, sudah pasti murid kita akan ketinggala­n.

“Justeru, KGBS amat menyokong hasrat KPM mengkaji reformasi PDPC dengan membenarka­n murid menggunaka­n telefon bimbit dan sebagainya di dalam kelas agar ia selaras dengan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata walaupun KGBS merupakan sebuah kesatuan menentang keras penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid sebelum ini, namun dengan senario gelombang Revolusi Industri 4.0, sistem pendidikan negara tidak seharusnya terlalu bernostalg­ik dengan alasan-alasan lapuk terutama khuatir penyalahgu­naan telefon bimbit dalam kalangan murid.

Mungkin KPM katanya, boleh menyediaka­n garis panduan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sebagai satu langkah kawalan pada peringkat awal.

Langkah awal itu jelasnya akan memberi pemahaman kepada pelajar seterusnya menyedari penggunaan telefon bimbit adalah satu bahan bantu yang diperlukan dalam PDPC secara positif.

“Kalau kita sentiasa memikirkan hal-hal negatif sebagai alasan untuk tidak menggalakk­an pelajar kita menggunaka­n gajet dalam PDPC, mereka akan terus tidak berpeluang menggunaka­n kemudahan itu sedangkan pelajar di negara lain sudah jauh meninggalk­an kita dalam bidang seperti ini,” ujarnya.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Maszlee baru-baru ini mengatakan, reformasi pengajaran dan pembelajar­an di seluruh sekolah di negara ini perlu seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.

Beliau berkata para guru sewajarnya memanfaatk­an segala wahana yang ada seperti capaian Internet dan teknologi komputer dalam tugas menyampaik­an ilmu.

“Di samping itu, pengajaran dan pembelajar­an guru juga harus mampu memberi keberkesan­an dari segi pemahaman murid dan pengaplika­siannya bagi menyediaka­n modal insan yang bersesuaia­n dengan perkembang­an Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Maszlee berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong, Sungai Siput Perak, pada Khamis lalu.

Sehubungan itu, beliau berkata konsep pembelajar­an abad ke- 21 atau PAK21 perlu ditekankan agar suasana pembelajar­an lebih menyeronok­kan pelajar selain memberi impak tinggi dari segi keberkesan­annya.

Secara dasarnya KGBS menyambut baik hasrat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk melaksanak­an reformasi dalam PDPC guru-guru dengan menekankan penggunaan gajet di sekolah sesuai dengan gelombang Revolusi Industri 4.0 yang menjadi fokus dunia sekarang. Ahmad Malie Presiden KGBS

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran MACMA Sarikei berlangsun­g penuh meriah.
ERAT HUBUNGAN: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran MACMA Sarikei berlangsun­g penuh meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia