Utusan Borneo (Sarawak)

SOP perkahwina­n bawah usia 18 tahun perlu dilaksana dengan betul

-

KUCHING: Penetapan prosedur operasi standard (SOP) untuk perkahwina­n bawah usia 18 tahun perlu dilaksanak­an dengan betul bagi memastikan keberkesan­annya.

Presiden Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak ( SWWS) Margaret Bedus berkata untuk memastikan SOP itu mencapai objektif, semua pihak mesti memainkan peranan.

“Untuk meletakkan SOP adalah satu lagi langkah dalam proses mengenal pasti kes yang tidak sah tetapi jika tidak dilaksanak­an dengan betul, ia akan menjadi satu lagi usaha yang gagal,” ujarnya kepada Utusan Borneo semalam.

Justeru katanya, sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungja­wab untuk menyayangi dan melindungi hak asasi mereka sebagai anak-anak.

“Bagi seorang lelaki berumur 41 tahun dan berkahwin dengan seorang gadis berusia 11 tahun, ini adalah kes rogol statutori atau bawah umur.

“Ini dikategori sebagai je- nayah yang boleh dikenakan hukuman oleh undang-undang. Dia (gadis 11 tahun) masih kanak-kanak dan perlu dilindungi,” ujarnya.

Menurutnya, selagi lelaki melihat dan melayan wanita atau perempuan sebagai objek seks untuk memenuhi keinginan hawa nafsu mereka, isu rogol bawah umur dan kahwin pada usia muda, wanita akan terus menjadi mangsa.

“Persepsi wanita sebagai objek seks bagi segelintir lelaki meletakkan wanita terus dalam pertempura­n yang tidak akan ada titik noktahnya.

“Wanita sepatutnya berada di tangan orang yang melindungi dan mencintai mereka, bukan hanya untuk memenuhi keinginan hawa nafsu lelaki,” katanya.

Tambahnya, isu perkahwina­n antara gadis 11 tahun dengan lelaki 41 tahun di Kelantan mesti dijadikan iktibar oleh semua masyarakat dan ia bukan hanya isu orang Melayu atau Islam tetapi persoalan sejagat.

Ujarnya, isu perkahwina­n bawah umur perlu ditangani secara menyeluruh dengan melibatkan semua kaum di negara ini kerana hak asasi kanakkanak mesti dilindungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan kerajaan persekutua­n memperkena­lkan SOP lebih ketat kepada Mahkamah Syariah untuk perkahwina­n bawah usia 18 tahun di negara ini.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Rodziah Ismail berkata Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited menaikkan had umur wanita berkahwin kepada 18 tahun daripada 16 tahun sekarang ini.

“Jika ada sebarang kemungkina­n untuk meluluskan perkahwina­n bawah 18 tahun, ia mesti tertakluk kepada garis panduan yang ketat dan SOP itu mesti diikuti oleh Mahkamah Syariah,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di George Town, Pulau Pinang 3 Julai lepas.

 ??  ?? MESYUARAT: (Duduk, dua kiri) Yong, Eddy, Wong ( berdiri, kanan) dan ahli- ahli jawatankua­sa pada mesyuarat tersebut.
MESYUARAT: (Duduk, dua kiri) Yong, Eddy, Wong ( berdiri, kanan) dan ahli- ahli jawatankua­sa pada mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia